Home » Tips/Petua » Cara Register RFid Touch n Go (Beli Dan Pasang)

Cara Register RFid Touch n Go (Beli Dan Pasang)

Satu sistem elektronik telah diperkenalkan oleh pihak Touch’n Go iaitu Tag RFid Touch n Go merupakan pelekat yang disertakan dengan cip frekuensi radio yang agak unik untuk setiap pengguna.

✏️Ia boleh dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan dan tag tersebut akan menolak bayaran tol dari Touch ‘n Go eWallet kerana eWallet adalah pautan ke pelekat RFid.

✏️Ia digunakan bertujuan sebagai bentuk pembayaran elektronik untuk tol di seluruh negara yang disedikan untuk pemandu agar lebih selamat dan bebas gangguan.

✏️Mod pembayaran elektronik ini akan diperluaskan ke kemudahan tidak lama lagi termasuk pembayaran di petrol pam dan tempat letak kenderaan. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih menarik dan cara untuk membuat permohonan RFid Touch n Go ini :

Kenapa Perlu Guna RFID

Ia adalah kerana apabila kenderaan melepasi tol, tambang tol akan dikurangkan secara automatik dari baki Touch ‘n Go eWallet sehingga memberikan pengalaman yang bebas gangguan dan mudah kepada pemandu. Antara kelebihan mengguna RFID ini adalah :

🚘Anda tidak perlu lagi untuk membuat bayaran secara beratur mengikut giliran. Dengan menggunakan RFID ini ia lebih cepat dan selamat.

🚘Anda juga boleh menambah nilai semula e-Wallet Touch ‘n Go anda di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa caj tambahan

🚘Anda juga boleh menyemak transaksi yang telah anda buat sebelum ini dari aplikasi supaya lebih mudah

🚘Jangan bimbang tentang Tambah Nilai atau kehilangan kad Touch ‘n Go anda lagi

Cara Beli RFID

Bagi pemandu atau anda yang ingi membeli Tag RFID Touch n’ Go ini anda boleh membelinya pada harga RM35 di :

Shopee

✅Lazada

✅Fitment Centres

✅Boleh juga beli dalam Aplikasi Touch ‘n Go yang akan dilancarkan tidak lama lagi

Ikuti langkah di bawah untuk membuat pembelian secara langsung dari aplikasi Touch ‘n Go eWallet :

0️⃣1️⃣Klik pada RFID di halaman utama diikuti engan “Pesan RFID Tag”

0️⃣2️⃣Masukkan kuantiti pesanan dan klik pada “Buy Now”

0️⃣3️⃣Masukkan maklumat penghantaran dan klik “Review Order”

0️⃣4️⃣Klik “Pay” dan selesai

Cara Pasang RFID

Bagi anda yang telah membuat pembelian Tag RFID Touch n’ Go ini secara online, cara untuk memasang tag tersebut agak mudah. Ia boleh dipasangkan dengan 3 langkah yang mudah seperti di bawah :

0️⃣1️⃣Bersihkan sama ada sudut kiri atau cermin depan atau lampu kiri atas kereta anda dahulu

0️⃣2️⃣Tanggalkan bahagian belakang tag tersebut dengan perlahan

0️⃣3️⃣Letakkan tag pada bahagian cermin depan yang dibersihkan atau lampu depan kereta anda

Cara Guna  RFID (Aktifkan)

Setelah anda memsangkan tag RFID tesebut, Tag RFID TNG dapat diaktifkan melalui proses pendaftaran yang mudah dari aplikasi Touch ‘n Go. Ikuti langkah di bawah :

0️⃣1️⃣ Masuk ke aplikasi dan klik pada ikon RFID

📱Android Rfid

📱App Store Rfid

0️⃣2️⃣Isi maklumat anda diActivation Form

0️⃣3️⃣Masukkan nombor pendafatran kenderaan anda

0️⃣4️⃣Masukkan nombor siri 24 digit RFID Touch n’ Go anda

0️⃣5️⃣Klik setuju kemudianActivate now” dan tunggu untuk notifikasi. Kemudian anda boleh mula untuk menggunakannya

 

 

Itu sahaja perkongsian tentang Tag RFID Touch n’ Go semoga ia bermanfaat kepada para pemandu supaya lebih tahu tentang Tag RFID Touch n’Go ini kerana dengan menggunakannya ia dapat memberikan pengalaman yang lebih mudah dan bebas gangguan ketika membuat pembayaran tol.

Disclaimers – Semua artikel kami kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Register RFid Touch n Go (Beli Dan Pasang)” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!