Ramsay Gordon membuka satu cawangan restorannya di Malaysia. Persoalannya, adakah ianya berstatus halal untuk membolehkan peminatnya (min adalah salah seorang) datang berkunjung dan menjamu selera di sana? Restoran yang diberi nama Ramsay Gordon Bar & Gril ini bertempat di Kuala Lumpur dan kalau tak silap min, merupakan cawangan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Aduh..dah kecur air liur min untuk menikmati juadah hasil masakan kawan baik min, Ramsay Gordon ni. Kalau dapat tengok aksi kuali terbang sambil makan-makan, syok juga bukan!
Baca juga: Tempat Percutian Di Malaysia Seperti Overseas | Terkini 2022
Senarai Kandungan
Siapakah Ramsay Gordon
Untuk memulakan artikel kali ini, mari admin ceritakan siapa sebenarnya jejaka mat saleh ini yang menjadi kegilaan dalam arena masakan. Chef yang nama penuhnya ialah Gordon James Ramsay OBE ini ialah seorang tukang masak, pemilik restoran, personaliti televisyen dan penulis Inggeris.
Gagasan restoran miliknya iaitu, Gordon Ramsay Restaurants, diasaskan pada 1997 dan telah dianugerahkan 16 bintang Michelin secara keseluruhan.
Power kan?
Sejak beliau menjadi terkenal dalam siri mini televisyen British Boiling Point pada tahun 1999, Ramsay menjadi salah seorang chef yang paling terkenal dan paling berpengaruh di United Kingdom. Sebab itu la dia boleh menjadi tunggak dalam rancangan Master’s Chef dan Hell’s Kitchen tu. Bukan biasa-biasa dia ni tau.
Ramsay Gordon Bar & Grill, Sunway Resort

Sememangnya restoran mewah di Sunway Resort ini adalah yang pertama berlokasi di luar negara Barat. Bertemakan gaya classy dan dihiasi pelbagai perhiasan indah, anda pasti akan terpegun pada jejak pertama anda lagi. (Klik untuk rujuk lokasi pada google maps)
Selain mempunyai potret sendiri bersaiz gergasi yang terpampang di dinding restoran, anda juga boleh melihat pelbagai potret ikon-ikon British seperti Mick Jagger, The Rolling Stone, hero The Bond 007 dan banyak lagi. (Jangan tanya admin sape itu Mick Jagger, admin tahu bond 007 je..You jump, I jump..Eh silap, itu titanic!)
Yang menariknya, salah satu bilik juga mempunyai dapur peribadi sendiri yang ditutup (gaya James Bond) selepas perkhidmatan untuk privasi lengkap.
Chef Gordon Ramsay telah pun memberikan sedikit maklumat tentang menu yang akan datang. Potongan utama daging lembu kering, hidangan klasik seperti Beef Wellington, Spiced Beef Tartare with Egg Yolk Confit, Arnold Bennett Twice-baked Cheese Soufflé dengan Mornay Sauce dan banyak lagi!
Status Halal
Berbalik kepada isu utama artikel ini, iaitu adakah restoran bar ini mendapat kelulusan Halal dari Jakim?
Jeng..jeng..
Jawapannya..TIDAK
Menurut portal HaveHalalWithTravel, pihaknya telah memanjangkan isu status ini dan bertanya kepada pihak pengurusan Gordon Ramsay Bar & Grill mengenai status Halal.
Walaupun mereka menyatakan bahawa segala pembekal dan hidangan mentah yang digunakan di dalam restoran ini adalah halal, tetapi mereka tetap tidak boleh mendapat pensijilan Halal.
Kerana, terdapat minuman alkohol dijual di dalam premis tersebut!
Mengikut undang-undang atau garis panduan yang ditetapkan oleh majlis agama negara kita, mana-mana premis jualan makanan yang mempunyai alkohol, tidak akan mendapat sijil Halal.
Oleh itu guyss, terpulang pada anda untuk membuat pilihan.
Bagi admin, tidak mengapalah jika admin kempunan Beef Wellington idaman kalbu ini. Asalkan, takde rasa was-was bila nak menyantap hidangan, kan?
