Jika anda merancang untuk melakukan perjalanan dan menuju ke Bangkok, senarai restoran muslim-friendly popular di Bangkok ini amat berguna untuk anda!
Ya, kami tahu agak sukar untuk kita menemui tempat makan halal di sana, jadi disebabkan itulah kami sedia membantu anda dengan menyediakan senarai ini =)
Baca juga: The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang | Privacy . Luxury .
6 Restoran Muslim-Friendly Popular Di Bangkok
Sinthorn Steakhouse
Jika anda membayangkan memikirkan kepingan stik yang baru dipanggang yang lazat, anda sama seperti kami. Maka restoran muslim-friendly popular di Bangkok ini ialah tempat yang sesuai untuk anda!
Kedai makan halal ini merupakan antara kedai makan yang terkenal di kalangan orang Islam Thai. Ia juga yang terbesar!
Dengan daging panggang yang berkualiti dan pelbagai jenis masakan dari Thai hingga Mediterranian, anda pasti akan berpuas hati jika anda menjamu selera di Sinthorn Steakhouse.
Dan bagi mereka yang gemar untuk memasak makanan anda sendiri di restoran, Sinthorn Steakhouse juga menyajikan barbeku-steamboat Thai yang halal!
- Status Halal: Pemilik Orang Muslim
- Alamat: 3333-, 134/9 Ramkhamhaeng Rd, Hua Mak, Bang Kapi, Bangkok 10240, Thailand
Yusup Pochana
Anda akan mendapati bahawa restoran mslim-friendly popular di Bangkok ini agak luar biasa. Yusup Pochana terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk hidangan ikonik Muslim Thai mereka.
Cuba hidangan briyani ala Thai mereka dengan nasi kuning, atau gigit roti mataba mereka yang lazat!
Sebagai alternatif, anda boleh menikmati sup mereka yang kaya atau Kuruma Peh mereka, satu varian kari kambing yang mereka sangat terkenal!
- Halal status: Pemilik Orang Muslim
- Alamat: 19/2 Prasert-Manukitch Rd, Khwaeng Chorakhe Bua, Khet Lat Phrao, Krung Thep Maha Nakhon 10230, Thailand
Maedah Restaurant
Makanan di Restoran Maedah memang sedap. Dengan gabungan masakan yang berbeza semuanya dalam satu tempat, anda akan menghadapi kesukaran untuk memilih apa yang hendak dimakan!
Terletak di Pratunam, salah satu kawasan membeli-belah utama di bandar, restoran muslim-friendly popular di Bangkok ini menjadi persinggahan yang bagus untuk anda mengisi semula perut anda semasa anda membeli-belah dan menerokai kawasan tersebut.
Daripada kebab Turki dan briyani India kepada hidangan tempatan seperti pad thai, anda tidak akan bosan dengan menunya. Tom yum mereka dikenali ramai sebagai salah satu yang terbaik di Bangkok! Apa sahaja yang anda inginkan, pasti ada sesuatu untuk semua orang di sini.
- Status Halal: Disahkan Halal
- Alamat: 120/372 ซอย สมประสงค์ ถนน ราชปรารถ Khwaeng Thanon Phaya Thai, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand
Yana Restaurant
Jika anda meneroka Bangkok, anda wajib ke MBK, pusat membeli-belah yang paling terkenal di bandar ini. Dan dengan Restoran Yana berada di kawasan itu, anda tidak perlu risau untuk mencari makanan halal!
Menu mereka menyajikan gabungan kegemaran Barat, Thai dan tempatan seperti tom yum, kari dan juga pasta.
Penuhi selera di restoran muslim-friendly popular di Bangkok ini, supaya anda boleh terus membeli-belah tanpa tekanan =)
- Status Halal: Disahkan Halal
- Alamat: 444 Phayathai Rd, Khwaeng Wang Mai, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand
Samat Muslim Food
Hanya 3 minit berjalan kaki dari Stesen ARL Ratchaprarop dan betul-betul bertentangan dengan Pasar Pratunam, membuatkannya permata yang tenang dan tersembunyi!
Restoran muslim-friendly popular di Bangkok; Samat Muslim Food ini adalah restoran mampu-milik yang selesa, dan menu di Samat Muslim Food akan memberikan ketenangan kepada anda selepas seharian berada di luar rumah.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Tom Yum mereka yang menyegarkan. Ia masam, pedas dan tangy sekali gus!
- Status Halal: Pemilik Orang Muslim
- Alamat: 419 Ratchaprarop Rd, Khwaeng Makkasan, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand
Saman Islam
Anda seharian mengharungi panas terik Pasar Chatuchak? – Jom nikmati semangkuk mi daging lembu yang menyelerakan diiringi dengan sisi kek ikan Thai yang baru disediakan !
Terletak di tengah-tengah pasar hujung minggu terbesar di Bangkok, Saman Islam adalah tempat terbaik orang Islam memenuhi selera mereka semasa mereka berada di pasar hujung minggu terbesar di Bangkok.
Restoran muslim-friendly popular di Bangkok ini mempunyai segala-galanya: dari tom yum pedas hingga ayam goreng rangup!
- Status Halal: Pemilik Orang Muslim
- Alamat: Section 16, soi 24, Chatuchak Weekend Market, 251 Phahonyothin Rd, Chom Phon, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900, Thailand