Resipi Ringkas Ayam Bakar Black Pepper sesuai untuk buat BBQ, bakar-bakar bersama keluarga atau rakan-rakan. Kami kongsikan resepi mudah ayam bakar black pepper termasuk rempah-rempah rahsia peniaga selalu guna.
Setiap hari jika diulang menu yang sama tentu anak-anak akan bosan dan merungut. Mulalah terjadi drama tak nak makan dan mintak nak oder grabfood pula. Untuk elakkan anak mula bosan dengan menu yang disediakan , ini perkongsian tentang resepi ayam blackpepper paling mudah dan sedang disediakan.
Resepi ayam bakar black pepper ini boleh digunakan bahan seperti ayam dan juga daging lembu , kambing ,arnab atau itik mengikut kesukaan anda.
Bahan A
1 ekor ayam, cuci bersih & toskan air sehingga benar- benar kering.
Bahan B
2 batang serai
10 ulas bawang putih
Sedikit halia
(tumbuk atau kisar semua bahan)
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 2 sudu besar planta
Cara Penyediaan Ayam Bakar Black Pepper :
- Sediakan mangkuk besar dan gaulkan sebati semua bahan C
- Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati juga
- Perapkan ayam dengan kesemua bahan tadi sekurangnya 30min atau lebih untuk rasa yang lebih padu dan sedap.* – Bole guna gula atau madu , skip kalau tidak suka campurkan ke dalam bahan perap tadi , jika menggunakan madu, sapukan madu apabila ayam hampir masak atau 10-15min sebelum masak agar ayam nampak cantik dan berkilat.
- Bakar dalam oven pada suhu 180 lebih kurang 1 jam 30 min.
- Dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas atau makan begitu sahaja dengan sos cili dan sos blackpeeper.
Kebaikan atau manfaat resipi ringkas Ayam Bakar Black Pepper bagi merawat dan mencegah pelbagai penyakit seperti:
Penyakit Jantung
Darah Tinggi
Anti Kanser
Membantu Pencernaan
Selsema
Kesihatan Gigi
Menurunkan Berat Badan
Anti Kemurungan
Antibiotik
Mencantikkan Kulit
Terdapat pelbagai resepi yang sedap dengan menggunakan lada hitam malah lada hitam mampu menghasilkan rasa yang unik apabila ditambah kedalam masakan.