Home » Bantuan » Residensi Prihatin: Permohonan Program Rumah Pertama Golongan B40 Wilayah Persekutuan

Residensi Prihatin: Permohonan Program Rumah Pertama Golongan B40 Wilayah Persekutuan

Program Rumah Pertama Golongan B40 Wilayah Persekutuan

Berita baik! Jika anda golongan B40 yang tinggal di WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan yang ingin membeli rumah pertama apabila kerajaan telah mengumum program perumahan mampu milik dikenali sebagai Residensi Prihatin.

Kementerian Wilayah Persekutuan umumkan bahawa 40 ribu unit rumah mampu milik akan dibina di sekitar Kuala Lumpur, khas untuk mereka yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan sahaja.

Projek ini akan bermula pada tahun 2021 & dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2024. Permohonan untuk program ini telah dibuka.

Program perumahan ini menawarkan rumah yang dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dapur, ruang makan, ruang tamu dan halaman rumah yang akan dibina secara konsep strata (apartment/flat).

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut Program Rumah Pertama Golongan B40 Wilayah Persekutuan.

Senarai projek dan spesifikasi rumah

Lokasi yang dikenalpasti:

  • Rebana – Presint 5 Putrajaya
  • Serunai – Presint 5 Putrajaya
  • Tanjung – Presint 5 Putrajaya
  • Sentral – Presint 7 Putrajaya
  • Cemara- Presint 11 Putrajaya
  • Cengkih- Presint 16 Putrajaya
  • Kenanga – Presint 19 Putrajaya
  • Mawar – Presint 19 Putrajaya
  • Cempaka – Presint 19 Putrajaya
  • Melur – Presint 19 Putrajaya

Lebih banyak projek di masa akan datang.

Untuk harga yang ditawarkan untuk setiap rumah ini serta spesifikasi setiap projek ini, sila layari laman web Projek Residensi Prihatin.

Baca juga: Bayaran BPR Fasa 3 Dah Masuk – Pembayaran Sehingga RM2,300!

Syarat permohonan

Program Residensi Prihatian fokuskan untuk golongan berpendapatan rendah sahaja, hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja yang layak memohon:

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan
  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumumur 18 tahun keatas sahaja
  3. Hanya untuk pemohon yang lahir, menetap ataupun bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Pendapatan kasar isi rumah: RM5000 ke bawah
  5. Bagi permohonan untuk rumah pertama sahaja
  6. Sekatan penjualan selama 10 tahun
  7. Pemohon mestilah mendaftar di portal Residensi Prihatin

Cara memohon

Sekiranya anda berminat dengan program perumahan ini, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Sila mendaftar di portal Residensi Prihatin
  2. Sila muatnaik segala dokumen sokongan seperti yang diminta dalam portal tersebut.
  3. Tempoh sah laku permohonan adalah hanya selama 1 tahun. Sekiranya permohonan anda tidak dilengkapkan dalam tempoh 1 tahun, permohonan tersebut akan terbatal.

Semakan status permohonan juga boleh dibuat melalui portal di atas.

Pemohon akan dimaklumkan melalui emel oleh pihak urusetia sama ada permohonan anda berjaya ataupun tidak. Pastikan alamat emel yang dimasukkan adalah betul.

Baca juga: eSPKR PPRT: Cara Mohon Program Perumahan Rakyat Termiskin 2021

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai program perumahnan Residensi Prihati ini, anda boleh menghubungi pihak urus setia berdasarkan maklumat di bawah.

  • Alamat: Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN, Bahagian Sosio Ekonomi, Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Kementerian Wilayah Persekutuan, 62100 Putrajaya
  • Waktu urusan : Isnin – Jumaat ( 8.30 pagi – 4.30 petang )
  • Faks: 03-8889 7640
  • Emel: [email protected]
Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Residensi Prihatin: Permohonan Program Rumah Pertama Golongan B40 Wilayah Persekutuan” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!