Resepi Nasi Tomato Simple Sedap Macam Kenduri!

Resepi nasi tomato mudah dan sedap. Hidangan yang sangat sesuai untuk menjamu selera di hari raya dan berbuka puasa. Menggunakan minyak sapi sup tomato dan susu cair sebagai bahan utama.

Langkah untuk sediakan resepi ini amat mudah walaupun menggunakan bahan yang banyak.

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 20 minit

Jumlah Hidangan: 5

Bahan-bahan Resepi Nasi Tomato:


  • 4 cawan beras
  • 6 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum kuntum bunga
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan sup tomato
  • 1 senduk minyak sapi

Baca juga : Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan untuk dicincang halus


  • 3 cm halia*
  • Bawang merah*
  • bawang putih*

Cara Memasak :


  1. Potong halus bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan yang dihiris halus bersama bunga lawang, daun pandan, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis.
  3. Goreng hingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan beras dan kacau selama 1-2 minit. Kemudian letak air dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan tomato sup, kismis, susu cair dan garam secukup rasa.
  6. Apabila hampir kering sila perlahankan api, tutup penutup periuk dan tunggu sehingga masak.

Mudah saja kan resepi nasi tomato ni? Nanti boleh hidang sekali dengan ayam masak merah dan kuah dalca. Sedapnya!

Sumber : FB


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3