Resepi Nasi Ayam – 3 Jenis Resepi Nasi Ayam Paling Sedap


Disini kami kongsikan 3 jenis resepi nasi ayam yang paling popular dan mudah. Resepi nasi ayam klasik, resepi nasi ayam hainan dan resepi nasi ayam chicken rice shop.

Klik senarai kandungan di bawah untuk anda dibawa terus kepada resepi nasi ayam mudah, nasi ayam hainan dan nasi ayam chicken rice shop.

Resepi Nasi Ayam Mudah

resepi nasi ayam mudah

Bahan untuk sup:

Buat sup dulu sebab nak gunakan air rebusan ayam .


  • 1 ekor ayam – dipotong 4
  • 1 biji bawang besar- dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 inci halia – dihiris
  • Sup bunjut / rempah sup
  • Sedikit bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Garam

1) Tumiskan kesemua bahan yang  dihiris sehingga naik bau lalu masukkan ayam dan tambahkan air secukupnya.

2) Kemudian masak sehingga air mendidih.

3)Padamkan aip lalu keluarkan ayam yang sudah direbus separuh masak dan asingkan sedikit air rebusan untuk dimasak bersama nasi .


4) Air rebusan  yang selebihnya dimasak lagi diatas dapur dan masukkan sup bunjut / rempah sup  dan masak sehingga mendidih lagi lalu taburkan daun sup dan daun bawang yang dihiris halus serta bawang goreng untuk rasa yang lebih padu.

Bahan untuk nasi :

  • Beras
  • Air rebusan ayam
  • Halia
  • Garam
  • Bawang besar dihiris

1) Basuh beras dan toskan airnya dan masukkan air rebusan ayam , halia garam serta bawang besar kedalam rice cooker dan masaka seperti nasi biasa.

2)Setelah nasi masak, tambahkan 2 sudu besar mentega ke dalam nasi dan tutupkan periuknya seketika dan kemudian kacau bagi sebati.


Bahan untuk sambal cili :

  • 10 – 12 tangkai cili besar merah
  • 2 biji buah tomato
  • 3 sudu besar cuka
  • 3 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar gula pasir

1) Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender kecuali garam dan kisar sehingga hancur dan sebati .

2) Masakkan  kesemua bahan yang sudah dikisar di dalam periuk dan tambahkan gula lalu biarkan sehingga mendidih , kemudian tambahkan garam sehingga cukup rasa.

Kuah Kicap :

– Campurkan kicap pekat bersama gula / garam mengikut citarasa .. Jika suka kicapnya manis tambahkan gula sahaja , jika suka kicapnya masin tambahkan garam sahaja pada kicap pekat tersebut dan sedikit air mengikut kelikatan yang sesuai.


Bahan untuk perap ayam :

  • Ayam yang sudah direbus tadi
  • Kicap pekat
  • Garam

1) Lumur ayam dengan kicap pekat dan sedikit garam lalu goreng dengan api yang sederhana supaya ayam tidak hangus dan kehitaman.

2) Angkat ayam dan boleh hidangkan ayam bersama nasi , sup ,kicap , sambal cili dan juga sayuran lainnya seperti salad /kubis dan tomato.

Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi Nasi Ayam Hainan

Bahan Untuk Ayam

  • 1 ekor ayam – dipotong 4
  • 1 biji bawang besar- potong 4
  • 5 b bawang putih – dihiris
  • 2 inci halia – dihiris
  • minyak bijan – beberapa titik
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Garam
  • Kiub ayam

1) Masukkan kesemua bahan kedalam satu periuk dan masak selama 30 minit dengan api sederhana sehingga ayamnya masak .


2) Setelah ayam masak , keluarkan ayam dan toskan airnya . Letakkan kedalam bekas berlainan .

3) Lebihan air rebusan bole dimasak kembali dengan tambahan kiub ayam dan juga taburkan daun sup serta daun bawang semasa penyediaan.

Bahan untuk nasi :

  • Beras
  • Air rebusan ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Lemak ayam
  • Garam
  • Bawang besar dihiris

1) Basuh beras dan toskan airnya .


2)Tumiskan lemak ayam bersama bawang putih serta halia sehingga naik bau lalu masukkan beras dan gaulkan beras sebati dalam periuk . Kemudian tambahkan air rebusan ayam tadi dan masak seperti biasa.

Bahan untuk sambal cili :

  • 10 biji cili merah besar
  • Air rebusan
  • Gula
  • Garam

1) Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender kecuali garam dan kisar sehingga hancur dan sebati.

2) Masakkan  kesemua bahan yang sudah dikisar di dalam periuk dan tambahkan gula serta gula lalu biarkan sehingga mendidih, kemudian tambahkan garam sehingga cukup rasa.


Bahan untuk sambal halia :

  • 5 ulas Bawang putih
  • 2 inci halia

– Tumbuk halus bawang dan juga halia dan tuangkan minyak panas keatas bahan tersebut

Bahan untuk kicap :

  • Kicap cair
  • air rebusan ayam
  • minyak bijan – beberapa titik

– Campurkan kesemua bahan mengikut selera,

Cara penyediaan :

– Potong ayam mengikut kesesuaian dan letakkan kedalam pinggan lalu tuangkan kuah kicap keatas ayam sebelum dimakan bersama nasi , sup sambal dan sayuran seperti tomato, salad / timun.


Baca Juga : Resepi Nasi Tomato

Resepi Nasi Ayam Chicken Rice Shop

Resepi Nasi Ayam Chicken Rice Shop

Bahan untuk ayam:

  • 1 ekor ayam (tak perlu dipotong)
  • Garam
  • Halia
  • Daun bawang
  • Minyak bijan

Bahan untuk nasi :

  • Minyak lemak ayam (ambil lemak ayam dan masakkan seketika dalam kulit untuk mendapatkan minyak)
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 inci halia muda – diketuk
  • 5 cawan beras (basuh bersih dan toskan airnya)
  • 5 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu besar butter no salt

Bahan untuk sambal cili :

  • 10 biji cili merah besar dan sedikit cili padi merah
  • 3 sudu besar air perahan limau nipis / cuka
  • 4 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 inci halia
  • 10 biji cili merah besar dan sedikit cili padi merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Garam

Bahan untuk kicap :

  • 2 sudu besar minyak bawang putih (goreng bawang putih dan amik minyaknya sahaja)
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • 10 sudu besar sos cair
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air rebusan ayam

Untuk hiasan :

  • Sedikit daun ketumbar dan daun bawang (hiris halus)
  • 1 biji timun / tomato

Cara penyediaan :

1) Bersihkan ayam dengan menggosok kulit ayang menggunakan garam kasar di bahagian luar dan dalam ayam. Kemudian bilas dan lumurkan ayam dengan garam halus dan masukkan halia berserta batang daun bawang dan daun sup ke dalam badan ayam.

2)Masukkan ayam kedalam periuk yang besar supaya ayam tenggelam semasa dimasak.


3) Kemudian masak ayam selama 30 minit dengan api yang perlahan .

4) Setelah ayam masak sepenuhnya , tutup api dan keluarkan ayam serta rendamkan ayam dengan segera ke dalam air yang berisi ais bagi menghentikan proses memasak supaya ayam tidak  terlebih masak. Cara ini untuk memastikan ayam lebih berjus selepas direbus. Air rebusan asingkan ya jangan dibuang.

5) Selepas ayam direndam seketika, angkat dan ditoskan airnya lalu lumurkan ayam dengan minyak bijan dan potongkan ayam untuk dihidangkan . Sebelum dihidangkan ,tuangkan kuah kicap ke atas ayam tadi.


6) Penyediaan nasi : Panaskan minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia lalu masak sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam beberapa minit dan tambahkan minyak bijan. Masukkan air rebusan ayam, butter beserta kiub pati ayam. dan masak seperti biasa.

7) Penyediaan sambal cili : Kisar semua bahan sehingga halus dan siap!

8) Penyediaan kuah kicap : Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati dan siap!


9) Penyediaan sup : Panaskan air rebusan ayam tadi dan tambahkan garam serta taburkan bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan semasa menghidang nanti.

Hidangkan nasi ayam bersama sambal cili , hirisan timun dan daun ketumbar/daun bawang berserta sup panas .




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3