RESEPI MEE WANTAN KICAP + DUMPLING 


Bahan dumpling :
Kulit dumpling segera
2 keping dada ayam – dicincang
isi udang – dicincang
1 biji telor
1/2 biji bawang holand – diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
daun bawang – diracik halus


CARA-CARA:
-Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
-Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
-Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
-Kukus dalam 5 minit.
-Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.

Bahan sup jernih :
-4 cawan air
-Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
-Fish ball / Fish Cake
-Dumpling yang telah dikukus
-1/2 kiub ayam knorr
-1 sudu teh lada sulah
-1 cm halia (dihiris nipis)
-2 sudu besar minyak bawang putih
-Garam secukup rasa
-Daun bawang dan daun sup

CARA-CARA:
-Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
-Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
-Padamkan api.


Bahan mee kicap:
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah

CARA-CARA:
– Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
– Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
– Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.

Cara buat jeruk cili:


BAHAN-BAHAN:

  • Cili hijau segar
  • Balang kaca
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Cuka makan

Cara Penyediaan:

  • Masukkan semua bahan kedalam bekas balang dan simpan di dalam chiller dan bole dimakan keesokkannya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3