Ikan untuk digoreng:
1 ekor ikan siakap – kelar2 badan ikan dan lumur dengan garam serta kunyit
Tepung jagung – dilumur pada ikan tadi
Minyak banyak- goreng ikan sampai tenggelam sebelah
Bahan bahan Lain:
6 ulas bawang putih – hiris halus
1 inci halia _ hiris halus
1 batang serai – ketuk
8 tangkai cili padi – potong kecik
Bahan dipotong dadu:
1 biji bawang besar/ bawang holand
1 biji tomato
1 batang lobak
1/2 biji cili benggala
Nenas
Bahan lain:
Garam
Gula s
Ajinomoto
Air limau
3-4 helai daun limau purut – hiris halus
Daun sup/daun bawang – untuk hiasan
Daun sup – untuk hiasan
Sos:
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap masin
1 sudu besar sos ikan
Cara cara:
Bersihkan ikan , basuh dengan tepung bagi hilangkan bau hanyir ikan dan ditoskan sampai kering sepenuhnya. Kelar ikan banyak2 supaya lebih garing.
Perap sebentar dengan garam dan kunyit dan lumur ikan dengan tepung jagung supaya ikan lebih garing atau bole pakai tepung gandum sahaja tapi jgan salut terlalu tebal.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam pada ikan tersebut supaya ikan dimasak garing dan rangup.
Dalam masa yang sama boleh tumiskan bahan lain iaitu bawang putih, halia, cili padi, daun limau dan serai yang diketuk tadi dalam kuali yang lain. Tumis sampai bawang putih garing.
Kemudian masukkan semua jenis sos tadi . Kacau sebati lalu masukkan bahan-bahan lain iaitu bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala yang telh dipotong dadu. Masukkan sedikit sahaja air. Jangan terlalu banyak supaya tidak terlalu cair. Nanti xsedap. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Jika nak kuah pekat dan likat , bole tambahkan tepung jagung yang dibancuh dahulu dalam cawan.
Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Pada yang tidak gemar pada ikan siakap , bole sahaja tukarkan ikan kepada kembung besar / talapia / selar besar. Yang penting ikan besar dan bertulang barulah asyukkkk…