Pelbagai masakan berasaskan ikan menjadi kegemaran ramai malah ada yang rela berkongsi resepi agar peminat makanan berasaskan ikan boleh mempelbagaikan resepi dalam masakan mereka.
Resepi kali kini ini sangat enak dan sering dikongsi di media sosial malah mendapat komen yang mengatakan masakan ini unik tetapi sangat enak dimakan dengan nasi panas.
Bahan – bahan untuk memasak :
2-3 ketul isi ikan tenggiri / tongkol / merah
10 ulas bawang kecik
5 ulas bawang putih
6 biji cili padi merah
1 sudu kecik biji sawi
Beberapa hiris halia
2 sudu kecil cuka makan
Sebiji timun dipotong memanjang
2 biji tomato dipotong 6
Sebatabg serai
Garam dan gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumis bahan – bahan diatas.
Cara penyedian :
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit lalu goreng ikut kehendak masing2 ( saya suka garing)
Asingkan ikan tadi dan tumiskan biji sawi
Kemudian masukkan bawang kecik , bawang putih dan cili padi merah
Tambahkan 1/2 cawan air
Masukkan cuka lalu tambahkan gula dan garam secukup rasa
Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga .
Lihat Resepi Ini Juga :Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri & Versi Tak Pedas
Nota : Boleh gunakan semua jenis ikan mengikut pilihan masing – masing tetapi ikan perlulah digoreg terlebih dahulu agar tidak merosakkan tekstur ikan semasa dimasukkan kedalam kuah .
Khasiat ikan :
Mengurangkan risiko serangan jantung
Mengurangkan risiko kanser
Meningkatkan kecerdasan otak
Mengurangkan kemurungan
Mencantikkan kulit