Menu Berbuka Hari ini – Kuih Kurma Kukus sedap dan berlemak pastinya enak dibuat sebagai pembuka selera atau dimakan ketika moreh.
Bila tiba bulan Ramadan, pastinya makanan sunnah Rasullullah iaitu buah kurma akan menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai.
Kurma adalah buah yang kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh badan dan mengandungi vitamin, mineral serta antioksidan.
Ianya boleh dimakan begitu sahaja atau disebatikan didalam makanan atau minuman. Kuih kurma kukus mempunyai rasa lemak manis gabungan santan dan juga buah kurma.
Resepi: Kuih Kurma Kukus

Baca juga:
- Resepi Berbuka: Ikan Pari Bakar Bungkus Daun Pisang Persis Bazar Ramadan
- Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri & Versi Tak Pedas
Bahan-Bahan Masakan:
Berikut adalah bahan-bahan untuk memasak:
Bahan 1: Buah kurma.
Bahan 2: Santan 2 cawan.
Bahan 3: Secubit garam.
Bahan 4: 2 sudu besar tepung gandum.
Bahan 5: 1 sudu tepung beras.
Cara Masak:
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakannya:
Langkah 1: Buah kurma buang biji dan potong-potong susun dalam bekas.
Langkah 2: Kacau semua bahan cair di atas dan tapis atas kurma.
Langkah 3: Kukus selama 10 minit. Pastikan periuk kukus dipanaskan dahulu ya.
Hasilnya Hidangan:
Siap. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Facebook Norazlina Mohamad Zaki & mas saari.