Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri & Versi Tak Pedas

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri & Versi Tak Pedas
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri & Versi Tak Pedas 1

Resepi Ayam Masak Merah ala2 kenduri atau mahu resepi ayam masak merah tak pedas untuk anak-anak? Disini kami kongsikan 2 jenis resepi masak merah yang paling.


Warning: Array to string conversion in /home/yourdom4/portalmalaysia.com/wp-content/plugins/seo-by-rank-math-pro/includes/modules/schema/shortcode/recipe.php on line 110

Recipe Ingredients:

  • Array

Resepi Ayam Masak Merah ala2 kenduri atau mahu resepi ayam masak merah tak pedas untuk anak-anak? Disini kami kongsikan 2 jenis resepi masak merah yang paling.

Resepi ayam masak merah paling sedap ala kenduri


Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam ( potong ikut selera )
  • 15 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • sos tomato (guna jenama puteri)

Cara Penyediaan :

  • Gorengkan ayam separuh masak dan asingkan
  • Blender 2 bawang besar , bawang kecik dan cili kering hingga hancur dan tumiskan bahan tersebut sehingga garing
  • Masukkan sedikit air dan juga sos tomato mengikut selera masing2 dan kacau sebati
  • Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan 2 biji bawang merah yang dihiris kasar
  • Siap untuk dihidangkan , untuk rasa yang lebih mantap boleh taburkan daun sup selepas api ditutup dan kacaukan sebati.

Untuk pastikan ayam masak merah anda sedap, pastikan ayam dibasuh bersih dan diperap kunyit at least sejam sebelum digoreng. Untuk perencah masak merah sedap, pilih bahan-bahan segar dan sos yang sedap. Itu sahaja rahsia untuk dapatkan resepi ayam masak merah kenduri yang ringkas tapi sedap insyaAllah.

Resepi ayam masak merah tak pedas


Bahan bahan:
1/2 ekor ayam – potong kecik
3 sudu besar cili kisar tak pedas (biasanya pakai cili kering)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili (jenama puteri)
1 biji tomato masak
1/2 biji bawang besar holland dihiris
Daun sup untuk hiasan
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara masak ayam masak merah tak pedas:
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit perap selama sejam. Kemudian goreng separuh masak dan biarkan juicy.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak sekali dgn kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak dan naik minyak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan sos tomato dan sos cili dan buah tomato. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng.
6. Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Tabur daun sup atau daun bawang utk hiasan.
Mudahkan resepi ayam masak merah tak pedas untuk anak-anak atau untuk kita yang tak boleh makan pedas. Pasti sedap insyaAllah.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3