Ini Resepi Ayam Masak Kicap Paling Sedap & Padu!


Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan berkuah pekat. Gerenti sedap punya!

Untuk resepi ini, kami akan letakkan cili kisar dan juga cili api untuk memekatkan kuah dan cukup pedas secukup rasa. Bahan tumis lebih sedap jika ditumbuk halus kerana ia juga akan memekatkan kuah. Tapi kalau nak hirisan nipis pun boleh.


Masa Penyediaan: 15 minit,

Masa Memasak: 15 minit,

Jumlah Hidangan: 3 orang


Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Kicap:

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 mangkuk minyak
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos romato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sos manis
  • cili merah
  • sedikit air
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • bawang besar, dihiris bulat

Bahan tumbuk halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang
  • 2 inci halia

Kaedah penyediaan:

  1. Gaulkan ayam bersama garam & kunyit.
  2. Panaskan minyak & goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan sedikit minyak goreng ayam sekadar cukup untuk tumisan.
  4. Masukkan bahan tumbuk halus & kacau hingga kekuningan.
  5. Kemudian, masukkan cili kisar, sos tomato, sos tiram, dan ayam. Kacaukan.
  6. Masukkan kicap, sedikit sahaja supaya kuahnya cukup, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
  7. Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap je anggaran bawang sedikit layu, kemudian tutup api.
  8. Angkat dan hidangkan bersama taburan cili dan bawang.

Petua:

Lebihkan sedikit minyak dalam ayam tumis masak kicap sebab nak dapatkan kuahnya yang pekat dan berminyak.

Sumber : FB




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3