Resepi Ayam Goreng Rangup Bersos Lemon merupakan salah satu resepi goreng yang sangat sedap dimakan kerana rasanya yang masam dan menjadi salah satu kegemaran penggemar makanan masam.
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
Garam
Lada sulah
1 biji telur
Bahan-bahan:
1 sudu besar soso plum
2 sudu besarperahan jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu kecil tepung jagung
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara membuat:
Ayam-:
1.Basuh ayam hingga bersih dan ketuk sedikit permukaan dada ayam dengan lesung .
2.Panaskan minyak .
3.Campurkan semua tepung , garam dan lada sulah kecuali tepung kastard.
4.Celupkan ayam dalam tepung , kemudian celup dengan telur dan akhir sekali celup dengan tepung kastard .
5.Gorengkan ayam dengan minyak yang agak panas.
6.Angkat , toskan minyak dan ketepikan.
Cara membuat:
Sos-:
1.Campur semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga mendidih dan pekat .
2.Potong ayam yang sudah digoreng.
3.Tuangkan sos diatas ayam yang telah dipotong dan siap untuk dihidangkan.
P/s:Resepi Ayam Goreng Ranggup Bersoso Lemon sesuai dimakan dengan nasi panas atau roti kosong.