Home » Isu Semasa » Sila Renew Lesen Memandu & Roadtax Anda Sebelum 30 September, Tiada Lagi Lanjutan – JPJ

Sila Renew Lesen Memandu & Roadtax Anda Sebelum 30 September, Tiada Lagi Lanjutan – JPJ

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PEMBAHARUAN LMM DAN LKM (RENEW LESEN & ROADTAX)

  • Pemandu & pemilik kenderan diingatkan bagi memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.
  • Urusniaga pembaharuan LMM & LKM boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal MySikap, atau juga di kaunter JPJ secara temujanji atau melalui rakan strategik JPJ iaitu Myeg & Pos Malaysia (bermula dari 9 Ogos 2021).
  • Aktiviti pemantauan pematuhan & penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ & Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula dari 1 Oktober 2021.
  • Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021, diberikan kelonggaran untuk memperbaharui LKM & LMM mulai dari 1 Ogos sehingga 30 September 2021.

Portal Malaysia ingin berkongsi Renew Lesen Memandu & Roadtax.

Walaubagaimanapun, orang ramai perlu juga memastikan kenderaan anda memiliki perlindungan insurans yang sah & menunjukkan (e-cover note insurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta untuk pengesahan.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak media JPJ bertarikh 4 Ogos 2021.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Kaunter Bagi Urusan JPJ Akan Dibuka Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos 2021

  1. Bagi pengoperasian di kaunter pula, semua urus niaga yang dibenarkan adalah yang mempunyai janji temu sahaja.
  2. Kaunter Pejabat Pos Malaysia juga akan dibuka bagi urusan JPJ mulai dari tarikh 9 Ogos 2021.
  3. Jika anda perlu membuat urusan di Pejabat Cawangan JPJ, sila pastikan anda membuat temujanji secara atas talian atau melalui telefon terlebih dahulu.

*Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Penafian – Semua artikel kami share dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Sila Renew Lesen Memandu & Roadtax Anda Sebelum 30 September, Tiada Lagi Lanjutan – JPJ” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!