Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, Petua Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai!


Rupanya kena rendam beras basmathi sekejap sahaja dengan garam, hasilnya nasi sangat lembut elok masak sekata dan cantik berderai. Bukan apa, Kalau guna beras basmathi, Jika tak kena cara Masaknya, Beras pasti patah, Nasi jadi lembik dan sebagainya.

Petua ini sesuai untuk masak nasi biasa ataupun nasi berperisa.

 

Bole cuba cara dan petua yang dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain ini sebagai panduan;


“SAJA NAK SHARE RESEPI MASAKAN, YANG DAH TAHU ABAIKAN AJE YE.KALAU MASAK NASI GUNA BERAS BASMATHI TIP AKAK UNTUK NASI YANG LEMBUT, BERDERAI DAN MASAK SEKATA.”

 

Cara-Caranya:

1. Rendam Beras Dengan Garam

Basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit.

2. Sukatan Air

Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung kepada beras apa yang nak masak.

Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, Petua Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai! 2

3. Didihkan Air

Untuk memasak nasi, didihkan dulu air baru masukkan beras.

Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, Petua Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai! 3

4. Kacau Beras Semasa Air Banyak

Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering elok kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.

5. Tunggu Air Kering Baru Warnakan Nasi

Untuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau.

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3