Real Madrid Juara Lagi!


UEFA Super Cup. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Tahun Yang Cemerlang Buat Real Madrid!

Real Madrid menjadi juara Piala Super Eropah buat kali kelima dalam sejarah kelab mereka.


Pemenang Liga Juara-Juara tersebut mengalahkan Eintracht Frankfurt 2-0 untuk merangkul kejuaraan tersebut untuk menjadi kelab terbanyak memenanginya bersama sama dengan Barcelona dan AC Milan.


Gol separuh masa pertama daripada David Alaba dan satu lagi daripada Karim Benzema pada minit ke-65 itu berjaya menjulang pemain Perancis itu ke tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Real dengan 324 gol serta melengkapkan gelaran untuk pasukan Sepanyol itu.

Juara Liga Europa musim lalu, Eintracht telah memberikan tentangan yang sengit pada separuh masa pertama dan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi akhirnya mereka akur dengan Real Madrid.

Carlo Ancelotti terus memberikan kejayaan manis sejak kembali semula ke Real Madrid dan kini beliau menjadi pengurus yang paling sukses dalam kejohanan tersebut.


Real Madrid juara Piala Super Eropah musim ini sekaligus memberikan Piala Super Eropah keempat buat Carlo Ancelotti. Yang mengatasi Pep Guardiola dengan 3 kejuaraan.

Secara keseluruhan Carlo Ancelotti memenangi Piala Super Eropah sebanyak 5 kali selaku pengurus dan pemain.

Selepas membantu Real Madrid juara Piala Super Eropah, Carlo Ancelotti berkata: “Kami menghadapi kesukaran pada mulanya. Tetapi kami tidak kehilangan kesabaran dan mengawal perlawanan selepas gol pertama.”


“Kami mempunyai banyak keyakinan. Kami tidak hebat tetapi mantap. Kami boleh mencari peluang yang sesuai untuk menjadi efisien di hadapan.”

Ancelotti meletakkan kesebelasan utama yang sama yang menewaskan Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan jurulatih Frankfurt Oliver Glasner mempunyai 10 pemain dalam kesebelasan utamanya daripada kemenangan Liga Europa ke atas Rangers.

Perkara positif daripada Frankfurt, mereka kelihatan sudah pulih daripada kekalahan Bundesliga 6-1 menentang Bayern Munich minggu lalu dan juga tidak terganggu dengan sejarah kekalahan satu-satunya pertemuan sebelum ini dengan Real 7-3 pada final Piala Eropah 1960.


Tetapi Real Madrid menunjukkan kelas mereka dalam saingan pentas Eropah sekali lagi. Kejayaan Real Madrid juara Piala Super Eropah ini menaikkan lagi status Karim Benzema selaku calon pilihan untuk Ballon D’Or kali ini.

Syabas kepada Real Madrid. Fokus mereka selepas ini pastinya untuk mempertahankan kejuaraan La Liga dan UCL.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3