Permohonan Online Rayuan BPR Fasa 2 : Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Home » Portal Rasmi » Permohonan Online Rayuan BPR Fasa 2 : Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Rayuan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Fasa 2 kini boleh dibuat bermula pada 15 Jun hingga 30 Jun 2021.

Ada antara rakyat yang kecewa dan hairan dengan keputusan semakan BPR baru-baru ini. Ada yang BPR Fasa 1 lulus tetapi BPR Fasa 2 tidak lulus?

Portal Malaysia akan kongsikan kepada pembaca info lengkap mengenai Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat ini.

kerajaan bpr

Sebab BPR Fasa 2 Tidak Lulus

Menurut sumber daripada LHDN, kelayakan seseorang untuk menerima BPR adalah berdasarkan semakan verifikasi yang telah disahkan oleh badan-badan kerajaan untuk meluluskannya.

Penerima perlu layak & tepati syarat-syarat yang ditetapkan dan permohonan perlulah dibuat sebelum tempoh tarikh tutup.

Berikut adalah antara sebab & alasan kenapa BPR Fasa 2 anda TIDAK LULUS :

  • 05 – Perlu pengesahan pada maklumat pengenalan pasangan anda
  • 12 – Pemohon adalah Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon atau pasangan anda merupakan penerima GKP
  • 31 – Perlu pengesahan 2tatus perkahwinan
  • 39 – Pendapatan isi rumah anda melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan

Untuk ketahui kod-kod Tidak Lulus yang lain, sila layari : FAQ LHDN

Mohon Juga : Bantuan Kanak-Kanak Rm1000

Tarikh Rayuan BPR Fasa Kedua

Jika anda dapati bahawa kod alasan anda salah & tidak munasabah, anda boleh membuat rayuan kepada LHDN pada 15 Jun ini sehingga 30 Jun 2021.

Anda berhak untuk membuat rayuan dan dapatkan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan ini.

Berapa Jumlah Bantuan Yang Anda Akan Dapat Jika Lulus Rayuan BPR?

Berikut adalah jumlah yang anda akan dapat jika anda membuat rayuan & lulus :

a) Kategori Isi Rumah < RM2500
  • 0-1 Anak : Fasa 2 (400) + Tambahan (500) + Fasa 3 (500) = RM1400
  • 2 Anak ke atas : Fasa 2 (400) + Tambahan (500) + Fasa 3 (1100) = RM 2000
b) Kategori Isi Rumah > RM2500 – RM4000
  • 0-1 Anak : Fasa 2 (300) + Tambahan (300) + Fasa 3 (200) = RM800
  • 2 Anak ke atas : Fasa 2 (300) + Tambahan (300) + Fasa 3 (600) = RM 1200
c) Kategori Isi Rumah > RM4000 – RM5000
  • 0-1 Anak : Fasa 2 (100) + Tambahan (300) + Fasa 3 (100) = RM500
  • 2 Anak ke atas : Fasa 2 (250) + Tambahan (300) + Fasa 3 (200) = RM 750

 

rayuan bpr fasa cara permohonan
Sila beri kredit jika anda ingin mengambil poster ini.

bpr-tambahan-pemerkasa

Cara Membuat Permohonan Rayuan BPR

permohonan-rayuan-bpr-fasa-2-2021

a) Secara Online :

  1. Login ke menu https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Pergi ke “Permohonan Rayuan”
  3. Sila muat naik dokumen sokongan yang diperlukan bergantung kepada kod tidak lulus anda

b) Secara Manual :

  1. Isi borang rayuan MyBPR 2021 : Klik Sini
  2. Hantarkan ke Cawangan/ UTC/ Pusat Khidmat Hasil LHDNM yang berdekatan secara temu janji
  3. Temu janji perlu dibuat secara dalam talian di sini.
  4. Atau hubungi LHDN di 1-800-88-2747

bpr-janji-temu-lhdn

Maklumat Lanjut

Jika anda memerlukan bantuan & mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

  • LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Bilakah Rayuan BPR akan dibuka?

Anda boleh buat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat pada 15 Jun hingga 30 Jun.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Rayuan BPR Fasa 2 2021?

Kemukan borang & dokumen sokongan. Klik di website ini untuk info lanjut.

Kenapa BPR Fasa 2 saya tidak lulus?

Ada beberapa sebab. Antaranya pendapatan anda melebihi daripada syarat yang ditetapkan, maklumat pasangan anda perlu pengesahan & anda merupakan penerima GKP.

Disclaimers – Bahan artikel admin share diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Permohonan Online Rayuan BPR Fasa 2 : Dokumen Sokongan Yang Diperlukan” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!