Tengku Zafrul mengumumkan bahawa semakan rayuan BPR kini boleh dibuat bermula pada hari ini iaitu 18 September 2021.
Kerajaan juga berharap agar bantuan ini serba sedikit dapat membantu dan menampung menguruskan perbelanjaan harian keluarga orang Malaysia terutamanya B40.
Rayuan BPR Kini Dah Boleh Disemak
Bantuan yang melibatkan RM240 juta kepada lebih 200 ribu penerima BPR ini akan dikreditkan terus kepada penerima yang layak dan akan dibayar sekali bersama penerima untuk bayaran BPR Fasa 3.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Semakan Status Rayuan BPR
Untuk semakan status keputusan rayuan BPR anda, sila klik di pautan berikut dan login :
https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
Masukkan MyKad & Kata Laluan anda.
Paparan status keputusan rayuan anda akan dipaparkan sama ada lulus ataupun gagal.
Bila dapat keputusan rayuan BPR bagi fasa 2?
Keputusan rayuan boleh disemak mulai 18 September ini.
Bilakah tarikh bayaran untuk rayuan BPR ini?
Tarikh rasmi bayaran untuk rayuan BPR ini anda akan dapat sekali dengan penerima BPR Fasa 3. Iaitu pada hujung bulan September 2021.
Masih dibuka ke permohonan rayuan BPR?
Tidak. Tempoh permohonan untuk rayuan ini sudahpun ditutup. Harap maklum.