Raysha Rizrose Akui Bercinta Dengan Pelumba Kereta Dan Bakal Mendirikan Rumahtangga


Raysha Rizrose mengakui dirinya sudah 10 tahun menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya, Nabil Jeffri yang juga pelumba kereta Formula 3.

Malah Raysha mengakui bahawa mereka sudah bekenalan sejak di bangku sekolah lagi dan pernah putus selama empat bulan, namun kekasihnya itu berjaya memujuknya kembali untuk bercinta.

“Kami mengenali sejak di bangku persekolahan lagi. Kemudian, kami jalin hubungan jarak jauh, masing-masing ada komitmen masing-masing.”

“Sedar-sedar sudah 10 tahun. Cepat masa berlaku,”selorahnya.

Bercerita tentang perancangan masa depan antara mereka , Raysha mengatakan yang kekasihnya itu sudah bersedia dan pernah bertanya pada dirinya, namun dia memerlukan lebih masa sebelum mengambil keputusan besar itu.

Raysha Rizrose Akui Bercinta Dengan Pelumba Kereta Dan Bakal Mendirikan Rumahtangga 1

“Semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan. Cuma, saya yang perlukan masa lagi dan tak mahu terburu-buru membuat keputusan,” jelasnya.

Tidak Tertekan 


Tidak pernah terdesak atau tertekan dengan hubungnnya itu , dia mengakui hatinya sememangnya ingn berkahwin dan akan melakukan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.

“Sebelum ini,  ada yang bertanya mengenai perkara itu, ia tak pernah buat saya tertekan. Sebab saya percaya, bila diri sudah bersedia fasa itu akan tiba juga.”

BACA INI : “Semoga Kita Semua Terus Usaha Atas Iman dan Istiqomah Ke Jalan Allah,” – Aprena Manrose Kongsi Gambar Pakai Niqab

Raysha yang sudah memiliki semua impiannya kini tidak mahu terburu – buru dalam mengambil keputusan dan akan memikirkan dengan baik sebelum membuat sesuatu.

Raysha Rizrose Akui Bercinta Dengan Pelumba Kereta Dan Bakal Mendirikan Rumahtangga 2

“Kini, saya rasa detik itu sudah sampai, rasa tiba-tiba macam saya dah 26 tahun. Alhamdulillah, dah capai apa yang saya mahukan, kakak semua sudah pun berkahwin. Jadi, inilah masanya untuk saya ‘move on’ dengan hidup,” katanya.

Berkongsi tentang majlis impiannya nanti , Raysha menjelaskan keinginannya sama sahaja seperti pasangan yang lain yang mahu merasai proses merisik, bertunang dan seterusnya majlis perkahwinan yang meriah .


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3