Ratu Elizabeth II Mangkat: Agong Titah Pahang Kibar Bendera Separuh Tiang Selama 3 Hari


Sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya bendera negeri Pahang dikibarkan separuh tiang selama tiga hari, lapor Media Pahang .

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehhuddin Ishak memaklumkan bendera negeri Pahang akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari berturut-turut mulai esok, 10 September melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan, kematian Ratu Elizabeth disahkan pada jam 6.30 petang semalam (waktu tempatan). Sebelum ini, mendiang Ratu Elizabeth II dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang semakin teruk sehingga perlu berada di bawah seliaan pasukan perubatan istana.

Difahamkan, Istana Buckingham telah mengumumkan kematian itu dalam satu kenyataan rasmi seperti yang dilaporkan oleh media seluruh dunia.

Susulan berita kematiannya, difahamkan seluruh Amerika Syarikat juga akan melalui tempoh berkabung selama 10 hari sebagai tanda penghormatan terakhir kepada baginda.

Dalam pada itu, selepas kematian Ratu Elizabeth II, Putera Charles, 73, dilaporkan akan mengambil alih takhta kerajaan British menggunakan gelaran Raja Charles III.

Memetik BBC UK, anaknya Putera William dan isteri Kate Middleton secara automatik akan menggunakan gelaran Duke dan Duchess of Cornwell, Cambridge. Isterinya Camilla akan dikenali sebagai Permaisuri Permaisuri.

Selain itu, menurut laporan, Raja Charles III secara rasmi akan menaiki takhta di Istana St James, London pada Sabtu ini.

Baca juga:

Didakwa Tidak Layak Masuk GV9 Kerana Masih Relevan, Shila Amzah: “Kita Kena Tumpu ‘Pinggan’ Saling Tumpu


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3