(RASMI) Tarikh Bagi Bayaran BKM Tambahan RM500 Telahpun Diumumkan, Jangan Lupa Untuk Semak Sekarang!


Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan. Ia bagi meringankan beban dan kos sara hidup mereka yang berpendapatan rendah. Dalam Bajet 2022, BKM ini telah diumumkan dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah M40 & B40, bujang dan warga emas.


Baca juga : Hanya 3 Kategori Yang Layak Terima BKM RM 900 ~ Jom Semak Sekarang !!

Semak juga : Bantuan Kerajaan i-Sejahtera RM200 Akan Dibayar Pada Tahun Depan: Ini Senarai Penerima Yang Layak!!

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan dilakukan secara berperingkat, melibatkan 4 fasa dalam setahun. Bagi setiap fasa, kadar bayaran yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Bukan itu sahaja, kerajaan turut menyediakan bayaran tambahan BKM kepada beberapa kategori yang layak menerima bantuan ini.


KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Penerima yang berikut merupakan golongan yang akan menerima kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):

  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat atau
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.

SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Jika anda ingin tahu sama ada anda layak menerima BKM Tambahan atau tidak, anda boleh menyemak secara online melalui laman web khas Bantuan Keluarga Malaysia. Cara semak kelayakan BKM Tambahan adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak.
  3. Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul.
  4. Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk.
  5. Klik semakan status untuk semak status permohonan.
  6. Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan.

Jika tiada maklumat berkaitan BKM Tambahan dipaparkan pada halaman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak menerima bayaran BKM Tambahan ini.


TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Tarikh pembayaran untuk BKM Tambahan bagi penerima yang layak adalah seperti yang berikut:

  • Fasa 1: 28 Mac 2022
  • Fasa 2: 27 Jun 2022
  • Fasa 3: 20 September 2022 (Pengkreditan dilakukan secara berperingkat)
  • Fasa 4: Dijangka akan dikreditkan bermula 15 November 2022 ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan BKM Tambahan ini, anda boleh merujuklaman sesawang yang berikut. Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan boleh menghubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3