Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka

Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka
Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka

Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Rumah Mesra Rakyat (RMR)


RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah

Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka 1

Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka 2

Harga & Reka Bentuk RMR


Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)


  • Harga: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300

Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka 3 Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka 4 Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka 5

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)


  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka 6

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)


  • Harga: RM75,000 – RM106,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470

Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka 7 Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka 8

Syarat Kelayakan Permohonan


Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka 9

Cara Membuat Permohonan RMR


Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

Secara Online


  • Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Manual


  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen Yang Diperlukan


Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaa)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

NOTA:


  • Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

1 thought on “Rasmi: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 Kini Dibuka”

  1. Assalammualaikum..
    Saya Salih Bin Karim berasal dari Sabah.
    Saya ingin membuat pertanyaan mengenai terma dan syarat yang diperlukan untuk membuat permohonan projek perumahan tersebut. Konsep kediaman di kampong saya kebiasaannya ialah sebidang tanah yang di kongsi satu keluarga iaitu seorang pemilik asal (bapa) tapi di dirikan rumah kedua, ketiga dan seterusnya mengikut jumlah anak yang sudah berkahwin di dalam lot tanah tersebut (Tanah atas nama bapa, rumah pertama rumah agam (Bapa & Mak), rumah kedua, ketiga dan seterusnya anak anak yang sudah berkahwin dalam lot tanah yang sama). Soalan saya ialah, sekiranya saya ingin membuat permohonan rumah mampu milik inisiatif kerajaan Perpaduan ini, adakah keperluan untuk membelah bagi lot tanah yang sedia ada atas nama saya sendiri mengikut terma dan syarat permohonan tersebut. Besarlah harapan kami untuk Kerajaan mempertimbangkan untuk tidak ada keperluan membelah bagi lot tanah yang sedia ada atas nama bapa (Bagi mengelak proses yang rumit pada banyak pihak di kemudian hari). Cadangan peribadi saya ialah, hanya satu permohonan di bolehkan untuk mendirikan rumah di bawah inisiatif kerajaan perpaduan ini dalam lot tanah pemilik asal.

    Reply

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3