RASMI : Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Secara Bersasar Untuk Tujuan Peribadi

KWSP khas. Tahukah anda, sebenarnya terdapat banyak situasi yang membolehkan seseorang membuat permohonan pengeluaran KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2 tanpa perlu menunggu pengumuman Kerajaan seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Malah, anda dibenarkan mengeluarkan wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi dan tujuan membina atau mengubahsuai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Di sini kami kongsikan beberapa jenis pengeluaran separa dan pengeluaran penuh yang boleh dipohon oleh ahli, mengikut info dari laman web rasmi KWSP.

Pengeluaran Khas Wang KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Di sini anda boleh menyemak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon wang pengeluaran akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022

1) Pembayaran Ibadah Haji

Bagi mengurangkan beban mengerjakan haji, wang dari akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun.

Tujuan permohonan ini adalah untuk perbelanjaan haji dan pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji

2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Dokumen Pengeluaran Untuk Perubatan

3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.

Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Pembelian Rumah 

4) Pengeluaran Dana Khas KWSP Pendidikan

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, mereka perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

KWSP menyediakan pilihan dan kemudahan pengeluaran KWSP untuk anda menampung pengajian anak sekiranya kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Dokumen dan Syarat Pengeluaran Untuk Pendidikan

Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3