Rasmi Nafuzi Zain Ke Kedah FC!

Nafuzi Mohd Zain diumumkan sebagai ketua kurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang baru dengan kontrak selama dua tahun bermula musim 2023.

Rasmi Nafuzi Zain Ke Kedah FC! 5
Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, berkata pengalaman dan prestasi cemerlang dimiliki Mohd Nafuzi dalam membina pasukan bola sepak ‘from bottom to top’ diharap dapat dibawa ke dalam skuad Sang Kenari itu pula.

Menurutnya, kelab berkenaan memberikan sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih itu untuk memilih barisan pemain dan mencari bakat-bakat baru yang boleh diserap masuk ke dalam pasukan itu.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Portugal Hancurkan Hajat Switzerland!

Rasmi Nafuzi Zain Ke Kedah FC!

 

“Saya minta peminat KDA FC supaya beri masa kepada Nafuzi untuk membina dan membangunkan pasukan yang gah, disegani dan dihormati.

“Saya juga ingin memaklumkan jumlah keseluruhan pemain untuk musim depan adalah seramai 25 orang dan nama-nama mereka hanya akan diumumkan nanti.

“Seramai 17 pemain bagi musim 2022 tidak ditawarkan kontrak baru untuk musim depan,” katanya dalam sidang media semalam.

Mod Daud berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pelantikan Ketua Jurulatih Baru musim 2023 di antara Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali, dan Nafuzi.

Rasmi Nafuzi Zain Ke Kedah FC! 6
Terdahulu, Mohd Daud juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara KDA FC, yang diwakili Khamal Idris, dan Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB), yang diwakili pengerusinya, Muhammad Edi Soffi Ramli, dalam aspek perniagaan bagi menjana pendapatan dan menyumbang kepada pendanaan operasi kelab berkenaan.

Sementara itu, Nafuzi berkata bukan mudah untuk dirinya, yang pernah menyarung jersi Hijau Kuning pada musim 2006-2007, mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan tersebut.

Beliau mengakui tidak sabar dan teruja untuk kembali berada di bumi Jelapang Padi dan berjanji memberikan yang terbaik untuk kejayaan pasukan itu.

“Perancangan saya adalah untuk mengembangkan lagi bakat pemain anak jati Kedah itu sendiri kerana sedia maklum Kedah mempunyai barisan pemain lama dan baru yang cukup bagus dan digeruni.

“Bagi barisan pemain untuk musim depan pula, saya akan membuat pemilihan dengan mengambil kira aspek-aspek penting bagi memastikan pasukan Kedah musim depan lebih mantap,” ujar Mohd Nafuzi.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3