RASMI : Mereka Berpendapatan Bawah RM5,000 Boleh Mohon Bantuan Bil Air Percuma Sampai Tahun 2024 ~ Mohon Sekarang!

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Mohon juga : Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM300 Dikreditkan Pada Bulan Ini ~ Mohon Kali Terakhir Disini !!

Mohon juga :  (TERKINI) Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Dibenarkan Bermula Disember ~ Semak Sekarang!

Salah satunya adalah Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang memberikan bantuan bil 20 meter padu air percuma kepada mereka yang berkelayakan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Bil Air


  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
  • Premis kediaman mempunyai meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Cara Memohon SADE


Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian di Sistem Pintar Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Selain itu, permohonan SADE juga boleh dibuat melalui kaunter perkhidmatan Air Selangor dengan mengisi Borang Permohonan SADE.

Dimaklumkan juga bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh SADE selama tiga tahun bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024 dan pendaftaran dibuka sepanjang tahun.

Maklumat lengkap dan borang permohonan SADE boleh diteliti DI SINI, manakala permohonan secara atas talian boleh dilaksanakan DI SINI.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3