
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3 :
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Pengumuman berkenaan bayaran Fasa 3 akan diumumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manakala jangkaan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada awal bulan Julai 2023.
SEMAKAN STATUS STR
Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
KATEGORI KELAYAKAN STR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Slm sy kerja sendiri bukak bengkel Motor sumber tak tetsp kadang2 ada kadang sepi Bulan dapat lh RM3,4 ratus Lepas lh buat API air ngan belanja dapur sikit,tak ada anak,isteri kerja gaji rm3000 lebih bayar hutang rumah dia rm1000,belanja n tambang dia g kerja tambah lain utang rm1500 balance rm500… alhamdulilah tak banyak tp cukup lh tuk idup Kami berdua🤲…tp Rasa MCM tak adil Kami Di ketepikan utk str ke3 ni SBB tak ada anak..bkn Kami tak NK anak cuma,Allah Belum izin kn lg…warga emas sebatang Kara,bujang tak ada anak pelik boleh dapat pulak..ini sistem nampak MCM NK kena kn sy tak apa lh..mkin ada rezeki lain…cuma NK bg tau KT kg sy ni kalau org meninggal,pokok tumpang,long Kang sumbat alhamdulilah sy satle kn, NK harap org2 yg dpt bantuan jkm,ekasih DLL tak payah IDung pun nampak Bab bantuan Muka dia dulu ,compression aingin bengkel sy ni lg banyak jasa dp DO pejabat dearah,YB,ketua kg sembang A ..BKn ungkit tp pada2..
betul tu bro…..lagi satu naj cakap…bantuan ade ni bukan tak syukur..bersyukur…cuma bila fikir balik berbaloi ke bagi keluarga besar dalam kesusahan setakat rm300…fikir2kan la..menteri2 gaji besar di dunia….kerja kilang pon sekarang basic rm1500 tersepit jugak angkara matawang yang makin tinggi kos sara hidup..sekian