
Gaji Minima Dinaikkan Kepada RM1,800. Isu gaji minima sedang hangat diperkatakan di kalangan orang ramai dan media massa.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kaedah baharu bagi pelaksanaan gaji minima akan dirangka bagi memastikan kebajikan setiap pekerja di negara ini terbela.
Langkah ini selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.
Kerajaan Bakal Naikkan Gaji Minima Sehingga RM1,800
Beliau yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata, majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.
“Dalam mesyuarat kabinet nanti, kita cari kaedah baharu untuk tetapkan gaji pekerja dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan itu berkata, isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian ‘sekali dan untuk semua’.
Perintah Gaji Minimum Berkuatkuasa 1 Mei
Perintah gaji minimum dengan kadar minimum RMt1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lepas kepada 1 Julai depan.
Perintah gaji minimum dengan kadar minimum RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lepas kepada 1 Julai depan.
Kerajaan Sumbang RM1 Juta Untuk Cuepacs
Sementara itu, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan dana tambahan RM1 juta untuk Cuepacs.
“Terima kasih juga kepada kerajaan yang cakna dengan upah penjawat awam dari kalangan gred bawahan,” katanya.
Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata, pelaksanaan gaji minimum sewajarnya dikaji semula.
Agar ianya lebih progresif dan bermaruah selaras kos sara hidup ketika ini.
“Pemantuaan kerajaan juga perlu dibuat mengenai pelaksanaan gaji minimum supaya majikan tidak culas,” katanya yang turut merakam penghargaan kepada kerajaan diberikan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu pengurusan MTUC.
Kerajaan Bakal Naikkan Gaji Minimum Yang Baharu Bermula RM1,700 – RM1,800
Melalui pengenguman kerajaan berkenaan perancangan menaikkan kadar gaji minimum bagi tujuan membantu menjaga kebajikan para pekerja.
Di samping faktor taraf kehidupan yang semakin meningkat pada ketika ini.
Penetapan gaji minimum sebelum ini hanyalah RM1,200 sahaja yang mana pihak kerajaan telah ubah dan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500.
Oleh itu, jika gaji minimum ditetapkan semula kemungkinan kadar kenaikan sebanyak RM300 yang mana telah digunakan sama seperti sebelum ini.
Yang menjadikan kemungkinan kadar gaji baharu adalah sebanyak RM1,700 – RM1,800.
Semoga usaha pihak kerajaan ini dapat direalisasikan dalam masa terdekat.
tak guna klo gaji naik tapi harga barang melampau ..
Setuju
betul2. gaji naik semua harga barang naik. ingat rakyat ni tkde komitmen ke nk bayar benda lain. bnyk nk setel patut fikir keperluan dapur bkn naik semua semata2 gaji naik. sepatutnya gaji naik harga barang tu maaih bawah maintain sebab banyak nk bayar perkara lain bkn barang keperluan dapur je
Maaf ckp tp sy perasan setiap kali gj naik, mesti hrga brg naik. No point kalau naik gj tp still tidak mencukupi
betul tu …gaji naik rakyat akan kena income tax cukai pendapatan
Ok la gaji naik..asyik barang je naik..lepas ni harap kerajaan dapat kawal harga barang supaya xikut naik jika gaji dinaikkan…tp jika gaji penjawat awam yg naik xsepatutnya harga barang akan naik
Baru bincang dh harga barang naik.bru bentang naik lg brg pastu dh lulus harga brg2 naik lg kali 3 tk de guna kenaikan pun tk kwl harga brg.pastu gaji bwhn gred sama naik tp orang lama gaji mcm tu gak yg untung org baru je sptutnya ada anjakan kenaikan gaji sama dgn org lain.
Bagi perniagaan.. jika kerajaan naikkan gaji ke RM1800 (RM1500+Rm300 Penambahan), contohnya kalau ada pekerja sepuluh orang dah RM3000 tak termasuk lagi kenaikan Kwsp dan Perkeso total dekat 5K juga semua… Ini salah satu punca harga barang @ perkhidmatan akan naik juga.. sebab pihak syarikat @ perniagaan akan menanggung rugi .. sepatutnya pihak kerajaan yang bantu dari segi penambahan gaji, Macam negara2 maju lain.. baru barang @ perkhidmatan tidak akan naik dan dapat dikawal dan ini salah satu punca pelabur2 akan lari ke negara lain… Itu pendapat saya…
Gaji baru bincang nk naik tp harga barang dah melambung naik…gaji nk naik 20% tp harga barang bila 3X naik dah 40% TIADA guna kenaikkan gaji tersebut..
Gaji naik harga barang naik.OPR pun naik.sama je Cite nya cukup² makan
betul2. gaji naik semua harga barang naik. ingat rakyat ni tkde komitmen ke nk bayar benda lain. bnyk nk setel patut fikir keperluan dapur bkn naik semua semata2 gaji naik. sepatutnya gaji naik harga barang tu maaih bawah maintain sebab banyak nk bayar perkara lain bkn barang keperluan dapur je
Gaji 5k pun x guna klu harga brg mkn naik 5x ganda..pintar betul kasi bodo rakyat..