[RASMI] Bayaran Duit Bkm Dah Masuk Untuk Fasa 3


Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri pada 16 September, beliau memaklumkan pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat untuk semua kategori.

Bayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada dalam kategori isi rumah, warga emas bujang/bujang dan belum berkahwin serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

Bagi BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada akan menerima sehingga RM900. Lebih 80,000 penerima telah meluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun lalu.


Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah diagihkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat pembayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan diagihkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Semakan BKM Secara Online

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan berikut;

https://bkm.hasil.gov.my/


Untuk membuat semakan status kelulusan bantuan ini, caranya adalah sebagaimana berikut;

Sila ikuti langkah semakan di bawah;

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik pada butang log masuk BKM (sebagaimana dalam gambar di atas)
  3. Masukkan Nombor MyKad dan tekan semak
  4. Pastikan kata kunci keselamatan anda adalah betul dan tekan ya
  5. Masukkan kata laluan dan tekan log masuk
  6. Klik pada butang semakan status bagi melihat kelulusan status anda

Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
  2. Nama Penerima
  3. Fasa Pembayaran
  4. Jumlah dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. Nombor Akaun Bank

Bank Mana Yang Masuk Dulu?

Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini, penerima BKM yang mendaftar menggunakan akaun bank BSN akan menerima bantuan terlebih dahulu kerana BSN merupakan bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.


Ini diikuti secara beransur-ansur oleh beberapa bank lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.

Bagi penerima BSN, tarikh jangkaan ialah 20 September (Selasa). Namun, ia juga berkemungkinan masuk sehari lebih awal (sekadar jangkaan berdasarkan pengalaman BKM Fasa 1 dan 2). Manakala jangkaan untuk bank lain akan masuk mulai 21 September 2022 (Rabu).

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya anda juga terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:


Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    •  Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini

Semak juga BANTUAN : Pendapatan bawah RM5,000: Jangan lepaskan peluang memohon Bantuan IKPP RM250 ‘one-off’




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3