[RASMI] Bayaran BKM Fasa 3 Telah Diumumkan ~ Semak Sekarang!


Makluman khas yang diterima daripada LHDN, tarikh pembayaran BKM Fasa 3 akan dikreditkan mulai September ini. Pengkreditan ini meliputi beberapa kategori termasuk bujang, isi rumah dan warga emas.


Dalam entri kali ini kami akan kongsikan cara menyemak kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran.

Jadual & Tarikh Bayaran BKM 2022

Fasa 1

  • Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN

Fasa 2


  • Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN

BKM Fasa 3

  • Bayaran dikreditkan bermula pernghujung Ogos atau awal September 2022

Fasa 4

  • Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022

 

Kadar Bayaran BKM Bagi Setiap Kategori

Tarikh Pembayaran BKM 2022

Berikut adalah merupakan jadual yang telah dikeluarkan sendiri oleh pihak BKM Sendiri:


Malah, ada juga sumber yang mengatakan pembayaran BKM Fasa 3 akan disalurkan bermula minggu kedua September 2022. Sebarang maklumat terkini berkaitan tarikh rasmi akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Semakan Status Tarikh Bayaran BKM 2022

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:

  • Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
  • Klik Semakan Status
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Notis (LHDN)

LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.


LHDNM menafikan membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan balik (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang telah membuat panggilan ke Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 tanpa tol. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan lebih awal apabila aduan/semakan diterima.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3