RASMI : Bantuan Kewangan Sebanyak RM2,500 Akan Dibayar Pada Tahun Hadapan ! Semak Sini !

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Artikel Berkaitan :

Bantuan Warga Emas RM500 ~ Semak Kelayakan Disini !

 

Bantuan Kewangan RM350 Untuk Seluruh Isi Keluarga Di Malaysia – Mohon Sekarang!

Antaranya apabila Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan ini akan diberikan kepada 5,599 penjawat awam di negeri ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Bantuan itu akan dibayar dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.

“Bantuan khas kewangan ini diharap dapat menyemarakkan semangat semua penjawat awam untuk bekerja lebih gigih lagi,” kata Aminuddin pada Sidang Keempat (Bajet) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan ke-14.

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan 22 inisiatif baharu dalam bajet itu bertemakan ‘Menepati Janji, Menyokong Harapan’ membabitkan peruntukan RM107 juta.

BKK Negeri Selangor

Selain Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua setengah bulan gaji kepada semua anggota yang berkelayakan dan berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Caruman itu juga akan melibatkan anggota perkhidmatan yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada 2022.

“BKK pertama iaitu sebulan gaji atau minimum RM1,000 telah dilaksanakan melalui Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

“BKK kedua akan dibayar pada 29 Disember ini iaitu sebulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan RM37.63 juta,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023 .

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3