RASMI : Bantuan Kewangan RM1,000 Setiap Bulan Untuk Golongan Belia Dibayar Bermula Hari Ini ~ Semak Sekarang!


Adakah awak tahu? ada berita baik untuk semua belia kerana dalam pembentangan Bajet 2021 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan bantuan belia RM1,000 untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun yang masih dibuka sehingga 2022.


Untuk makluman, mulai 1 Januari 2021, setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam kumpulan belia berumur antara 18 hingga 30 tahun layak memohon insentif RM1,000 melalui Program Perantisan.

Sehubungan dengan itu, insentif ini memberi peluang kepada belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menambah pengalaman bekerja bagi meningkatkan kualiti kemahiran melalui on-the-job-training. Sila ikuti semua artikel yang telah disediakan oleh pasukan PortalMalaysia di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini.

TUJUAN BANTUAN

Objektif insentif & bantuan ini adalah untuk memberi peluang kepada penganggur/belia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Juga untuk membantu belia memperoleh pengalaman dalam kerja dan meningkatkan kualiti kemahiran kerja melalui latihan sambil kerja.

MAKLUMAT BANTUAN

Antara insentif / bantuan yang akan diterima oleh perantis / majikan dalam program ini adalah:

– Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
– Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
– Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
– Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif.

SYARAT KELAYAKAN

Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin memohon perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

– Merupakan Warganegara Malaysia.
– Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.
– Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
– Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

MAKLUMAT TAMBAHAN

– Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
– Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan ini, pihak majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (online) melalui portal rasmi PERKESO di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs – klik DI SINI

Semak BKM FASA 3 : Semak BKM Fasa 3 & Tarikh Bayaran Bulan September 2022




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3