Rambut gugur selepas bersalin adalah perkara biasa yang terjadi kepada wanita tidak kira anak pertama atau seterusnya malah boleh menyebabkan kepada botak dan tekanan kepada ibu.
Perkara ini membuatkan ibu merasa bimbang dan tidak senang duduk kerana setiap kali menyentuh rambut , banyak rambut yang gugur dan menyebabkan ibu merasa inscure.
Namun perkara ini bukanlah masalah besar dan akan menjadi normal apabila anak sudah besar dan rambut akan menjadi normal seperti biasa.
Terdapat beberapa kaedah rawatan dan petua yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini :
1. Lidah Buaya
Gosokkan lendir dari lidah buaya pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit sambil membuat urutan pada kulit kepala. Kandungan tonik dan juga nutrisi akan membantu menyuburkan rambut.
2. Santan Pekat
Ambil sedikit santan dan lumurkan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Kemudian, tutup rambut dengan menggunakan tuala yang dipanaskan dengan air suam. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Untuk menghilangkan bau santan, cuci rambut dengan syampu.
3. Minyak Zaitun
Titiskan beberapa titisan minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci rambut. Urut selama beberapa minit dan biarkan semalaman. Cuci rambut dengan syampu sekali lagi keesokan harinya. Rambut akan jadi lebih halus dan lembut.
Campurkan kedua jenis minyak ini dan sapukan ke seluruh bahagian rambut serta kulit kepala. Urut kulit kepala perlahan kemudian tutup dengan tuala. Biarkan selama dua jam kemudian basuh rambut seperti biasa.
Sapukan madu pada rambut dan kulit kepala. Urut dengan lembut dan kemudian biarkan selama beberapa minit. Bilas rambut dengan air bersih. Madu bertindak untuk merangsang pertumbuhan akar rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
Rendam kacang hijau semalaman, tapis kacang hijau dan ambil airnya. Ratakan pada seluruh kulit kepala dan urut secara perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang lebih bagus.