Ramalan Cuaca Dijangka Hujan Ribut pada Hari Krismas 2021


Jabatan Meteorologi Malaysia berperanan untuk memantau dan mengeluarkan amaran berkaitan cuaca dan bencana alam seperti hujan lebat, ribut ,  dan taufan.

Jabatan Metreologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan berlaku berlaku luruan monsun pada 27-29 Disember 2021 dengan kebarangkalian untuk berlaku hujan yang berterusan di Pantai Timur Semenanjung.

Namun begitu kebarangkalian berlakunya rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah. Namun, hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat dalam tempoh tersebut.

Data tersebut diperoleh berdasarkan analisis model Europeon Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF), Global Forecast System (GFS) dan MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF).

Manakala, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 sehingga 29 Disember 2021.

Orang awam dinasihatkan merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dan sentiasa peka dengan maklumat terkini dan berwaspada.

Untuk pengetahuan umum, luruan monsun atau monsoon surge adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

Ramalan Cuasa:

Ramalan cuaca : Hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat dalam tempoh tersebut.

Hari : Sabtu (Krismas).

Tarikh : 25 Disember 2021.

Dikeluarkan oleh : Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Berikut adalah lampirannya:

Pagi:

  1. Hujan / ribut petir di satu dua tempat di kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu & Bintulu) dan Sabah (Kudat, Sandakan & Tawau).
  2. Tempat-tempat lain mendung / tiada hujan.

Petang:

  1. Hujan / ribut petir di satu dua tempat di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah (Pantai Barat & Pedalaman) dan WP Labuan.
  2. Tempat-tempat lain mendung / tiada hujan.

Malam:


  1. Hujan di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Limbang, Miri & Kapit), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman, Tawau & Sandakan) dan WP Labuan.
  2. Tempat-tempat lain tiada hujan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut mengenai ramalan cuaca di Malaysia, sila boleh hubungi talian hotline 1-300-22-1638 atau layari laman twitter @metmalaysia.

Penafian – Semua yang kami share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Ramalan Cuaca Dijangka Hujan Ribut pada Hari Krismas 2021” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia