Rakyat Malaysia Raya Kelam-Kabut


Sejak pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam pada malam tadi yang mengesahkan bahawa Hari Raya Aidilfitri disambut pada 2 Mei 2022.


Rata-rata rakyat Malaysia terkejut dengan pengumuman tersebut, kerana ramai yang beranggapan bahawa Hari Raya Aidilfitri disambut pada 3 Mei 2022.

Di media sosial ramai warganet mengeluh kerana keadaan huru-hara kerana tidak sempat membeli barang basah untuk membuat juadah dipagi Hari Raya.

Manakala mereka yang berada di rumah juga kalam kabut dengan pengumuman tersebut kerana mereka merancang untuk memasak juadah raya keesokan hari.


Bukan setakat itu sahaja mereka yang telah merancang perjalanan pada 2 Mei juga terpaksa menukar jadual perjalanan mereka disaat akhir kerana menyangka tiada perubahan yang berlaku. Mereka yang menaiki bas ada yang cuba menukar tiket di kuanter bas tetapi gagal berbuat demikian.

Rakyat Malaysia akan bersama-sama Indonesia, Thailand dan Arab merayakan Aidilfitri pada Isnin tetapi negara jiran Singapura mengumumkan republik itu akan menyambut 1 Syawal 1443H/2022 pada 3 Mei.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3