Rakyat Malaysia Bakal Terima Bantuan Am Oktober Ini

Oktober nanti, bantuan khas sehingga RM350 sebulan akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak .

Bantuan Am Persekutuan ini disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.

Baca juga:

Kadar Bantuan:


Bantuan Am Persekutuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM100 sehingga RM350 (Maksimum).

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah dari golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Borang Permohonan:


Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang JKM atau muat turun borang permohonan.

Langkah 2: Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.

Langkah 3: Daftar permohonan mengikut negeri.

Langkah 4: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 5: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 6: Hantar permohonan.

Nota: Pemohon diminta hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:

  1. 1 Salinan MyKad Pemohon.
  2. 1 Salinan MyKad ahli keluarg yang tinggal bersama.
  3. 1 Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU).
  4. 1 Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
  5. 1 bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro).
  6. 1 Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hubungi di talian 03 8000 8000.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3