Rahsia Cantik Luar Dalam Wanita Thailand , Boleh Cube Tips Ni


Kecantikan adalah salah satu aspek utama yang menjadi tumpuan para wanita dan juga lelaki kerana ia memberikan keyakinan yang tinggi dalam penampilan diri.

Kebanyakkan wanita Thailand memiliki kulit dan wajah yang cerah serta putih malah  memiliki kulit yang mulus dan gebu sehingga membuatkan orang lain penasaran.

Namun  bukan itu sahaja , wanita Thailand dilihat memiliki bentuk badan yang sempurna dan kekal langsing walaupun sudah berusia puluhan tahun tetapi masih kelihatan seperti anak dara.

Selain pemilihan dan gaya pemakanan mereka yang sihat ia juga mampu membantu menyerlahkan lagi kecantikan dalaman mereka. Wanita Thailand juga cukup gemarkan petua alami dan mengamalkan rutin alamni ini setiap hari hingga menjadi kebiasaan kepada mereka.

BACA : Rambut Gugur Teruk Lepas Bersalin , Jom Cuba Petua Mudah Ini

Petua Yang Berkesan


Berikut merupakan amalan dan rahsia cantik mereka yang diamalkan sejak dulu. Tak salah kalau kita nak cuba.

1. Amalan Berurut
Amalan berurut menjadi satu kewajipan bagi wanita di Thailand. Tidak hairanlah kebanyakkan daripada mereka pandai berurut. Urutan badan mampu melancarkan perjalanan darah dan merehatkan tubuh serta menenangkan minda.

Malah minyak urut juga kebiasaannya digunakan daripada bahan alami seperti minyak kelapa yang dicampurkan bersama halba, halia, bawang putih dan kunyit hidup bagi memberikan rasa yang lebih selesa .

2. Beras Pulut
Pulut sememangnya sudah menjadi menu tradisi bagi semua masyarakat Thailand. Pengambilan pulut dalam menu harian mampu memberikan kesan yang baik kepada kulit wajah agar sentiasa cantik, bersih dan gebu.

Tak hairanlah kebanyakkan mereka sering menggunakan masker beras pulut kerana khasitanya yang hebat.

3. Lulur Badan
Tak hanya berurut, wanita Thailand juga sering melakukan proses lulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Mereka sering menggunakan kunyit, beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan adalah untuk menghaluskan kulit dan juga mencerah serta menggebukan kulit.

4. Amal Rempah Ratus
Sukakan herba dan rempah ratus. Inilah pilihan menu yang seringkali dipilih oleh wanita di sana. Halia, serai, lengkuas dan beraneka herba serta rempah ratus seringkali dijadikan pilihan utama dalam hidangan mereka yang ringkas. Panas dan hangat, inilah yang membuatkan dalaman tubuh lebih sihat dan bertenaga.

5. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing.

Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksin melalui peluh.

6. Santan Untuk Rambut
Satu lagi rahsia cantik wanita Thailand adalah memiliki rambut yang sihat, hitam dan lebat. Penggunaan sumber asli seperti santan seringkali digunakan mereka dalam rawatan rambut dan penjagaannya. Tidak hairanlah rambut mereka terjaga dengan cantik dan lebat.

7. Masker Alami
Tidak hanya melulur badan, wanita Thai juga cukup gemar menjadikan aktiviti masker muka daripada bahan alami sebagai perkara wajib untuk cantik dan  jelita walaupun sudah berusia.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3