Raflesia Mengembang Lagi Di Taman Pertanian Sabah pada hari ini. Anda penggemar bunga Raflesia dan tinggal di berhampiran Tenom, Sabah? Atau anda sedang bercuti di kawasan sekitar Tenom?
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bunga Raflesia yang luar biasa dan rare ini pada hari ini, esok atau lusa.
Baca juga: Taman Tema Dinosaur 2022 | Prehistoric Adventure
Senarai Kandungan
Info Bunga Raflesia
Raflesia sememangnya ialah sejenis tumbuhan yang aneh. Sebenarnya, apabila bunga gergasi ini berkembang mekar, ia akan mengeluarkan aroma yang sangat busuk.
Ia juga bertentangan dengan tumbuhan lain yang mengeluarkan oksigen. Ini kerana, bunga ini tidak mempunyai daun. Oleh itu, ia tidak dapat memproses karbon dioksida serta cahaya matahari untuk tujuan menghasilkan oksigen dan karbohidrat.
Cara Raflesia Mendapat Nutrisi
Raflesia juga sejenis tumbuhan yang tidak mempunyai akar bagi tujuan menyerap air serta mineral dari tanah untuk proses penghasilan protein. Tetapi, bunga ini mempunyai tisu yang kelihatan seakan tiub halus yang memanjang. Tisu inilah yang akan memasuki dan menceroboh tumbuhan perumah untuk ‘mencuri’ nutrisi.
Sebab itu bunga ini adalah sejenis tumbuhan parasit. Ia tidak akan menghasilkan sendiri nutrisi untuk kegunaan sendiri, sebaliknya hanya menyerap nutrisi yang diperlukan daripada perumah.
Raflesia di Sabah
Hanya terdapat tiga spesies bunga Rafflesia di negeri Sabah, iaitu;
Rafflesia Keithii-Kebiasaannya tumbuh di kawasan tanah rendah

Rafflesia Pricei-Kebiasannya ditemui di kawasan tanah tinggi

Rafflesia Tengku Adlinii-Tumbuh di Maliau Basin dan Trusmadi.

Bunga Rafflesia secara umumnya biasa tumbuh di hutan secara liar (tidak ditanam) iaitu di sekitar Taman Kinabalu,Ranau serta Taman Banjaran Crocker,Keningau dan ada juga di Tambunan.
Namun, dengan tidak disangka-sangka, usaha yang dijalankan oleh Taman Pertanian Sabah di Tenom dalam tujuan untuk memulihara dan memelihara spesies bunga yang rare ini membolehkan hasil.
Ia ditanam dengan kaedah ‘whip grafting’. Tidak terhad di dalam hutan, kini bunga unik ini dapat dilihat dan disaksikan tumbuh di dalam taman.
Lebih menarik lagi, menurut siaran di laman Facebook TPS (Taman Pertanian Sabah), sekuntum bunga Rafflesia, secara spesifiknya dari spesies keithii telah mekar berkembang pada hari ini!

Orang awam, terutamanya penggemar bunga Rafflesia dijemput untuk datang berkunjung ke Taman Pertanian Sabah dan menyaksikannya berbunga sebelum ia layu selepas tiga hari.
- Lokasi: Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang, Tenom, Sabah (link google maps)
- Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Isnin (8.00pagi-5.00petang)
Baca juga: Bunga Raflesia Di Sarawak