Setelah meluahkan rasa hati dan nama individu berkenaan di laman Instagram miliknya, Puteri Sarah berkata kini dia rasa semakin lega.
Puteri Sarah juga akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah bersama anaknya dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.
Baca juga:
- Saksi Kes Bella Nafi ‘Dibayar’
- Penceramah Bebas Ditahan Polis Kerana Didakwa Lakukan Amang Seksual Kepada Anak Rakan
Luahan Puteri Sarah:
“Saya memang sudah lama mengumpul duit dan dah ada plan nak buat umrah setelah tamat arahan perintah kawalan pergerakan. Amat bersyukur sebab diberi rezeki dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci lagi.”
“Hati saya sekarang ini rasa sangat lega sekali. Dah tentu sebab saya dah melepaskan beban selama empat tahun.”
“Kini saya nak buat umrah dengan tenang dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah. Saya juga harap dapat dikelilingi orang yang positif.”
Sepanjang berada di tanah suci nanti, Puteri Sarah Liyana juga akan meminta agar dirinya diberikan petunjuk untuk mencari jalan keluar dari masalah yang sedang dilaluinya.
“Kali ini saya mahu berdoa agar diri saya ni diberi jalan keluar dari segala masalah. Saya juga berdoa agar diberi petunjuk untuk cari jalan penyelesaian.”
Bercuti Ke Turki:
Puteri Sarah akan buat umrah dan berada di tanah suci selama 16 hari. Kemudian pelakon ini akan menyambung percutian ke negara Turki.
“Saya dah kerja keras selama ini dan asyik jalani penggambaran. Sekarang nak bercuti pula dengan family saya. Sebelum ini pun, anak kedua saya lahir semasa adanya perintah kawalan pergerakkan, dan pun tak pernah bercuti.”
Sumber: Harian Metro