Home » Gosip Artis Malaysia » Puteri Aishah Selamat Menikah Pagi Tadi.

Puteri Aishah Selamat Menikah Pagi Tadi.

 

Puteri Aishah Binti Sulaiman yang lahir 6 Jun 1994 dengan gelaran Puteri Aishah memulakan kerjayanya selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja pada tahun 2013.

Sejak itu,Puteri Aishah telah membintangi beberapa drama TV termasuk Akulah Balqis (2015), Kahwin Muda (2016), Cinta Roller Coaster (2016), Raisha (2017) dan Selafaz Cinta (2018) dan filem pertamanya ialah Pulang.

Pada 21 November 2021, sekitar jam 11.15 pagi hari ini, Puteri Aishah selamat melangsungkan pernikahan, dengan seorang ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur dan akan mengadakan majlis resepsi mereka juga diadakan di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini

Majlis yang diadakan secara sederhana bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak. Pasangan merpati dua sejoli ini mengenakan busana berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. Manakala dekorasi majlis adalah insiprasi dari Rekateemor serta makeup dari Khir Khalid.

Majlis tertutup ini menghadirkan jurunikah Ustaz Mohd. Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapanya, Sulaiman Abd. Rahman untuk menikahkan Puteri Aishah dengan pasanganya.

Puteri Aishah, 27 juga menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalaskan 7 dulang hantaran dari pihak perempuan. Wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua belah pihak.

Puteri Aishah memanjatkan rasa keyukuran kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Dia bersyukur apabila impiannya untuk menghadirkan kedua belah pihak di hari majlis pernikahannya tercapai an sudah lama menantikan saat menjadi seorang isteri dan berharap ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga akhir hayat.

Dalam perkongsiannya di media sosial . dia memohon maaf kerana hanya menjemput keluaraga terdekat dan hanya majlis kecil-kecilan sahaja kerana masih menjalanoi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).

 

Disclaimers – Bahan artikel admin share diatas hanyalah panduan dan ringkasan artikel related dengan “Puteri Aishah Selamat Menikah Pagi Tadi.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes