“Pujuklah Isteri, Buat Solat Taubat Shuk”

Nampaknya kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, selepas bertahun berdepan isu kecurangan, Rossa Sera seperti sudah berada di penghujung.

Meskipun tidak meletakan sebarang noktah dalam hubungan mereka, namun ada yang berharap Shuk dan isteri kembali bersama demi anak-anaknya.

Malah baru – baru ini , Shuk telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya , yang mana dia meluangkan masa bersama dua anaknya di sebuah pusat beli-belah.

 

@shuksahar #hartaduniaakhirat #shuksahar #fyp #fypindonesia #bintangkehidupan ♬ original sound – shuksahar

 

Turut Rossa Sera juga pernah menyatakan bahawa dirinya masih sayang

 

Melihat kepada hubungan bapa dan anak itu, netizen meminta Shuk untuk memujuk isteri kerana tidak sanggup melihat anak-anak dan Syuk terpaksa berpisah.

Terdapat juga netizen yang meminta Shuk untuk melakukan solat taubat serta meminta kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar hubungannya dengan Rossa kembali pulih seperti sebelumnya.

“Kalau ada jodoh, kembalilah kepada Sera dan anak-anak. Tolonglah Shuk, hargai mereka hingga hujung nyawa. Seksa berpisah dengan anak-anak!

“Doa saya, semoga Shuk dan Sera dapat kembali semula sebagai suami-isteri. Pujuklah isteri, buat solat taubat Shuk.

Dalam pada itu, ada yang berharap Shuk dapat terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik walaupun hubungannya dengan isteri berakhir nanti.

 

“Pujuklah Isteri, Buat Solat Taubat Shuk” 4

 

Rossa Sera pernah menyatakan bahawa dirinya masih sayang dan cintakan suaminya , Shuk Sahar namun hanya sebagai kawan sahaja dan tidak lebuh daripada itu.

Jelas Sera lagi,  dia sudah tidak boleh menjanjikan peluang kedua buat suaminya itu apatah lagi sudah hampir lima tahun dia memendam rasa sakit terhadap perbuatan Shuk.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3