Negara kita sekali lagi diuji dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19.
Oleh itu, kepada para peminjam yang telah terkesan dengan bencana ini, PTPTN akan memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara.
Senarai Kandungan
Tempoh Penangguhan:
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk:
- Tempoh tiga (3) bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN.
- Dua (2) bulan ke hadapan di antara Disember 2021 hingga Mei 2022.
Baca juga: Diskaun Sehingga 15% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2022
Cara Mohon Penangguhan:
Peminjam boleh mengemukakan permohonan mulai 28 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 melalui portal rasmi PTPTN atau hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran.
Semakan Kelulusan:
- Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel.
- Dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.
- Peminjam adalah diingatkan agar mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan tersebut dapat disampaikan kepada mereka.
Semakan Baki Pinjaman PTPTN:
Penyata Online PTPTN akan memaparkan:
- Baki pinjaman terkini.
- Tunggakan.
- Ansuran bulanan.
- Transaksi bayaran balik.
Semakan secara online, anda juga boleh terus mengakses ke Semakan Pinjaman PTPTN.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian:
- Telefon : 03-2193 3000 (Careline)
- Live Chat : www.ptptn.gov.my
- Eksekutif Pemasaran : https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
- e-Aduan : https://eaduan.ptptn.gov.my/
- Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Related Posts
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- Mohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022
- Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Sepanjang Ogos Ini
- Tebus Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Sehingga RM700 Untuk B40
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia