PSU 4.0 : Program Subsidi Upah Bantuan RM600 Untuk Pekerja

Home » Portal Rasmi » PSU 4.0 : Program Subsidi Upah Bantuan RM600 Untuk Pekerja

PSU 4.0 adalah Program Subsidi Upah yang telah dilancarkan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Rakyat & Perlindungan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun yang lalu. Dalam program ini selain dilanjutkan, juga ditambah baik beberapa pembaikan dari segi perlaksanaan.

Portal Malaysia akan kongsikan semua maklumat kepada anda tentang Program Subsidi Upah 4.0 ini.

Apakah itu PSU 4.0?

PSU atau dikenalik sebagai merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja tempatan yang diberi gaji RM4,000 dan ke bawah.

Tujuan PSU dilaksanakan adalah untuk membantu majikan yang terkesan dengan PKP & Lockdown ini.

psu 4.0 rm600 untuk pekerja

Baca Juga i-Suri KWSP – Daftar & Dapat Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah

Program Subsidi Upah 4.0

Kerajaan akan memperuntukan & tanggung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja.

Antara intipati program ini :

  • 500 pekerja untuk setiap majikan layak dapat RM600
  • Rm600 bagi setiap pekerja
  • Pembayaran RM600 akan dibuat selama tempoh 4 bulan, iaitu 2 bulan dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu untuk semua sektor, dan 2 bulan seterusnya dalam fasa ketiga khas untuk sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif

Beza PSU 4.0 dengan Program Subsidi Upah Sebelum ini

Terdapat beberapa pembaikan dalam pelaksanaan program versi baru ini berbanding Program Subsidi Upah yang lain, antaranya :

  • Tiada had gaji ditetapkan
  • Jika sebelum ini, syarat gaji adalah RM4,000. Namun majikan kini boleh mohon untuk pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000.
  • Majikan perlu masukkan maklumat subsidi pekerja dalam slip gaji setiap pekerja yang dimohon.

Cara Permohonan PSU 4.0

Untuk memohon PSU ini, permohonan hanya boleh dilakukan oleh majikan sahaja.

Permohonan untuk PSU 4.0 akan dibuka dalam masa terdekat. Namun, anda masih boleh mohon PSU 3.0 yang akan ditutup pada 31 Julai ini.

  1. Permohonan perlu dilakukan secara online.
  2. Klik pada pautan berikut : PERMOHONAN
  3. Isi setiap maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut.
  4. Pihak majikan akan dapat nombor rujukan setelah permohonan selesai.
  5. Sila semak status permohonan dengan menggunakan nombor rujukan yang telah diberikan.
  6. Untuk rujuk senarai nama majikan yang telah lulus, sila semak di sini : SEMAKAN

Untuk maklumat lanjut mengenai PSU ini, sila rujuk Panduan Pengguna di sini.

Maklumat Lanjut

Info berkaitan dengan tarikh permohonan PSU 4.0 ini akan diumumkan dalam masa terdekat dalam portal rasmi PERKESO.

Sila hubungi khidmat talian di bawah :

1-300-22-8000.

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan artikel related dengan “PSU 4.0 : Program Subsidi Upah Bantuan RM600 Untuk Pekerja” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!