Proton X50 Adalah Kereta Paling Terlaris


Pengeluar kereta nasional iaitu PROTON telah mula mencipta sejarah apabila Proton X50 telah mencatat rekod jumlah jualan bulanan baharu dan telah merangkul gelaran kenderaan terlaris di Malaysia bagi Julai 2022. Pencapaian itu memastikan PROTON mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dan ia juga kali pertama kenderaan sedemikian mendahului pasaran keseluruhan dari segi jumlah jualan.

Baca Juga : Apa Nak Buat Kalau Kereta Terkena Banjir

Proton X50 kereta paling terlaris di Malaysia pada bulan lalu

PROTON telah mula mencatatkan jualan 11,477 unit bagi merangkumi pasaran domestik dan eksport pada bulan Julai atas kejayaan syarikat menyelesaikan isu kekurangan komponen, namun usaha itu terjejas sementara menunggu kelulusan harga daripada pihak berkuasa untuk beberapa modelnya. Jualan keseluruhan PROTON untuk tahun ini kini berada pada 71,601 unit, peningkatan sebanyak 19.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021.

PROTON juga mengekalkan kedudukan kedua dalam jadual jualan automotif nasional dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 22.7 peratus bagi bulan Julai, manakala pegangan pasaran tahun sehingga kini meningkat kepada 18.7 peratus. Jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi Julai dianggarkan sebanyak 50,500 unit setelah jumlah pendaftaran susut ke median berikutan penamatan tempoh insentif Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 30 Jun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Julai adalah bulan di mana permintaan pasaran jatuh ke paras normal selepas bulan Jun yang sibuk apabila jenama industri automotif berebut untuk mengumpul tempahan sebelum insentif SST tamat. Oleh itu tumpuan diberikan untuk memenuhi tempahan yang diterima. PROTON tidak terkecuali dan dengan keadaan bekalan komponen yang terus bertambah baik telah mendapat menunjukkan potensi jualan sebenar Proton X50.


Sambil-sambil tu, baca juga pasal kereta yang sesuai dibeli oleh B40 dan M40.

Syarikat juga amat berbangga dengan model Proton X50 menjadi SUV pertama yang dinobatkan sebagai kenderaan terlaris di Malaysia dan berterima kasih atas sokongan daripada pelanggan. Pencapaian ini dan kelarisan jualan PROTON dalam segmen lain menunjukkan rancangan perniagaan kami berada di landasan yang betul dan membalas keyakinan yang diletakkan pada jenama oleh pembeli, pelabur dan pihak berkepentingan lain.

Proton X50 Pecah Rekod

Proton X50 terus memecahkan rekod apabila penghantaran semakin pantas untuk mengejar permintaan, dengan 4,763 unit yang didaftarkan pada Julai adalah tanda baharu bagi jualan SUV di negara ini, selain mengukuhkan cengkaman PROTON dalam segmen itu. Penghantaran Proton X70 2022 serba baharu turut meningkat berikutan pelancarannya pada 9 Jun lalu dan 1,704 unit didaftarkan bulan lalu, membolehkannya kekal di tangga teratas untuk SUV segmen C dan melonjakkan jumlah keseluruhan SUV PROTON melepasi 31,500 unit untuk tujuh bulan pertama 2022.

Sementara itu, Proton Saga terus mencatatkan jumlah yang kukuh dan mengekalkan kedudukannya di bahagian atas kelas sedan segmen A, apabila 4,521 unit didaftarkan bulan lalu, menjadikan jualannya tahun ini mencecah 28,005 unit. Proton Exora juga mengekalkan kedudukannya di tangga teratas kelas MPV segmen C dengan 476 unit didaftarkan. Namun, perkara yang sama tidak boleh diaplikasikan untuk Proton Persona dan Proton Iriz kerana jualan untuk kedua-dua model itu dihentikan buat sementara waktu, sambil menunggu kelulusan harga daripada pihak berkuasa.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share diatas merupakan panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Proton X50 Adalah Kereta Paling Terlaris” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.