Proton Mula Buka Pusat 3S/4S Yang Ke-149 Di Kota Bharu


Proton kali ini mula menorak langkah yang besar dan kini Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) telah pun membuka pusat 3S/4S ke-149 iaitu jumlah cawangan yang paling tinggi dalam industri automotif tempatan. Dengan terletaknya di Kota Bharu, pusat pengedaran iaitu Harima Auto Mobil 4S (Harima) adalah sebagai pengedar Proton yang terbesar di dua negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Namu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah juga berkata bahawa pembukaan pusat 4S ini akan membantu untuk meningkatkan lagi keterlihatan Proton di kedua-dua negeri terbabit. Dengan memiliki rangkaian penuh kemudahan dan aset diperlukan untuk melayani jumlah pelanggan yang tinggi, ia berharap bahawa akan dapat meningkatkan lagi tahap perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang benar-benar premium bagi pelanggan di negeri ini.

Proton Mula Buka Pusat 3S/4S Yang Ke-149 Di Kota Bharu 2

Sumber: google image


Ia kini terletak di Tunjong, kawasan pesat membangun di Kota Bharu, pengedar 4S itu mempunyai keluasan binaan 2,400 meter persegi dengan 11 ruang servis dan bilangan ruangan ketuk dan cat yang sama. Bilik pameran pula boleh menempatkan 10 kenderaan.Seperti pengedar 4S yang lain, terdapat kawasan untuk permainan kanak-kanak, WiFi percuma dan ruang istirahat yang selesa untuk pelanggan.

Disamping itu, Harima juga telah bekerjasama dengan Proton Global Services (PGS) untuk menawarkan kemudahan lain seperti ruang minuman yang menyajikan kopi Starbucks serta sudut produk berjenama Proton dan R3. Syarikat itu pengedar pertama di Kelantan yang mempunyai kedua-dua perkhidmatan itu, yang pasti menarik minat pelanggan dan peminat pengeluar kereta nasional itu.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3