Home » Isu Semasa » Prosedur, Kos & Cara Daftar Temujanji Pemeriksaan PUSPAKOM

Prosedur, Kos & Cara Daftar Temujanji Pemeriksaan PUSPAKOM

Untuk Makluman, pemilik kenderaan yang ingin menjual kenderaan dan ingin tukar hak milik kenderaan kepada pemilik baharu perlu membuat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu.

Bagaimana cara proses buat pemeriksaan PUSPAKOM?

Apakah PUSPAKOM?

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.

PUSPAKOM ditubuhkan pada tahun 1994, kami adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.

Prosedur Pemeriksaan PUSPAKOM

Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan.

BAYARAN FI TUKAR HAK MILIK

Pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik akan dikenakan fi sebanyak RM30.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

  1. Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)
  2. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Bahagian Pemeriksaan

Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

IDENTITI : Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

CERMIN GELAP : Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.

POTONG SAMBUNG: Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.

Standard Pemeriksaan

PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri.

Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan PUSPAKOM di sini.

Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM

Klik sini untuk mencari pusat pemeriksaan PUSPAKOM berhampiran anda.

Borang Pelepasan Tanggungan (untuk kegunaan bagi semua cawangan di Sabah dan Sarawak sahaja)

Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM

Berikut adalah info ringkas berkenaan pemeriksaan e-hailing di PUSPAKOM.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan pemeriksaan ini, anda boleh memuat turun:

Pemeriksaan VVI (Pilihan Item Tunggal)

Dapatkan Pemeriksaan secara Pilihan Item Tunggal dengan fi pemeriksaan hanya RM15.00 sahaja bagi satu item.

Cara Daftar Akaun MyPuspakom

  1. Layari portal MyPuspakom https://www.mypuspakom.com.my
  2. Tekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA;
  3. Kemudian pada paparan Register, anda masukkan:
    • Account Type samaada Company atau Individual.
    • email anda yang sah
    • Password dan sahkan Password tersebut.
  4. Seterusnya adalah Information, masukkan nama dan butiran alamat.
  5. Seterusnya masukkan Required Documents yang diperlukan.(pdf, jpg, png atau bmp)
    • File yang diperlukan adalah
    • MyKad pemilik
    • Geran kenderaan.
  6. Tekan butang Register setelah anda selesai memuat naik file yang diminta.
  7. Pendaftaran anda selesai.

Cara Mohon Janji Temu Online PUSPAKOM

  1. Log Masuk akaun MyPuspakom anda
  2. Kemudian, pilih TEMUJANJI BARU;
    • Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan
    • Kategori kenderaan
    • Jenis kenderaan
    • Kelas kegunaan dan sebagainya
  3. Kemudian, pilih NEGERI dan TARIKH pemeriksaan yang anda inginkan mengikut kesesuaian anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan adalah tertakluk pada situasi dan keadaan;
  4. Jika anda menggunakan perkhidmatan WAKIL, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir;
  5. SAHKAN maklumat janji temu anda;
  6. SAHKAN jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet)
  7. Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima Slip Pengesahan Temujanji. Anda dikehendaki untuk mencetak slip tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

  • Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM: 03-5101 7000
  • E-mel: [email protected]
  • Live Chat di www.mypuspakom.com.my.
Disclaimers – Bahan artikel kami share diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Prosedur, Kos & Cara Daftar Temujanji Pemeriksaan PUSPAKOM” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!