Permohonan Projek Pertanian Bandar – PENJANA

Pandemik telah memberi tamparan besar kepada negara Malaysia apabila ia memaksa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang tempoh PKP ini, banyaknya berlaku kehilangan pendapatan di kalangan rakyat.

Perkara ini memberi impak yang besar kepada penduduk di bandar dan pinggir bandar. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan Projek Pertanian Bandar di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara. Projek ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

permohonan insentif projek pertanian bandar

Apa Itu Projek Pertanian Bandar?

Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

Cara Mohon :

Projek ini boleh membantu mengurangkan kos sara hidup mana-mana keluarga. Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh cuba memohon bantuan dari projek ini dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut.

  1. Muat turun borang Borang Mohon Individu atau Borang Mohon Komuniti
  2. Lengkapkan borang-borang tersebut dengan maklumat diri anda.
  3. Sertakan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan borang tersebut
  4. Borang yang lengkap boleh dihantar ke emel [email protected]
  5. Borang ini juga boleh dihantar secara pos atau faks ke Pejabat Pertanian yang terdekat seperti di senarai di bawah.

Syarat Kelayakan:

Bagi individu yang ingin memohon, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang digariskan oleh program ini terlebih dahulu. Syarat-syarat ini dikemukakan supaya pemohon memahami kriteria yang diperlukan di dalam program ini. Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan:

  • Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan terhad kepada satu permohonan sahaja
  • Berminat untuk melaksanakan projek pertanian
  • Bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek pertanian
  • Kategori Komuniti
  • Projek dilaksana di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta
  • Kategori Individu
  • Projek dilaksanakan secara individu di kawasan kediaman masing-masing.

Bentuk Insentif Macam Mana Kita Dapat?

Sebaik sahaja anda memasuki program ini, anda akan mendapat insentif one-off berbentuk input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal.

Tempoh permohonan dan kelulusan

Permohonan telah dibuka sehingga 31 Julai 2020. Selepas permohonan lengkap diterima, Pegawai Jabatan Pertanian akan melawat kawasan projek untuk menentukan kategori projek, kesesuaian tapak dan jenis bantuan/insentif.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi  mana-mana Pejabat Pertanian yang berdekatan anda. Anda boleh merujuk kepada senarai di bawah untuk alamat-alamat Pejabat Pertanian.

 

Leave a Comment