Jom Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Sehingga 14 Mei 2022


Berita baik dan jom mohon Warga Tani Negeri Perak Darul Ridzuan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19.

Apakah Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19 ?

Projek Khas Tani Pasca Covid-19 ini adalah salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak memberi bantuan kepada petani yang terjejas dengan bencana pandemik Covid-19 selain mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun.

Syarat Permohonan

Kreteria dan syarat permohonan :

  1. Projek sedia ada masih aktif
  2. Terbuka kepada petani negeri Perak
  3. Belum pernah menerima peruntukan dari Jabatan
  4. Status tanah yang sah (Geran / Tol / Pajakan)
  5. Minimum keluasan pemberian bantuan adalah :
    • a. 0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah dan daun,
    • b. 1.0 hektar bagi buah-buahan dan tanaman singkat masa
    • c. minimum 1,000 polibeg bagi petani yang mengusahakan fertigasi.
  6. Dokumen sokongan perlu disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan.
  7. Lawatan siasatan akan dijalankan untuk kelulusan permohonan.
  8. Semua Permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum diluluskan.

Hanya pemohonan yang layak sahaja akan dihubungi bagi bantuan ini.

Warga Tani yang layak bolehlah memohon melalui pautan di link https://forms.gle/pxrXhaKywz5A95dk9 atau scan QR untuk permohonan atau terus ke Pejabat Pertanian berikut:

  • Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah
  • Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak
  • Pejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit Buntar
  • Pejabat Pertanian Hulu Perak
  • Pejabat Pertanian Kinta Kampar Perak
  • Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar
  • Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama
  • Pertanian Daerah Manjung
  • Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim

Bentuk Bantuan Yang Akan Disalurkan

Baja & racun bernilai RM3000.000

Tarikh Permohonan

Permohonan secara talian ini akan dibuka mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 sahaja.


Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari www.pertanianperak.gov.my 

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Jom Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Sehingga 14 Mei 2022” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia