Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250

by portalmalaysia
July 9, 2021
in Tips/Petua
A A

Siapa sangka dengan kos serendah ini pun boleh memiliki kabinet idaman sendiri.

Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 1

Disini saya ingin berkongsi cara-cara membuat kabinet dapur DIY yang dibuat oleh suami saya Mat’in Ali. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya jika kami mengambil tempahan. Maaf kami cuma buat untuk rumah kami dan sekadar suka-suka sahaja.

Mana-mana yang kurang budget dan ada masa, anda boleh mencuba membuat kabinet dapur seperti kami. Budget untuk barang-barang yang kami beli di kedai hardware adalah sekitar RM250 sahaja.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Senarai Kandungan

  • Kerangka kabinet
  • Pintu kabinet
  • Kayu 1×2 untuk kerangka
  • Memasang pintu
  • Kerja mengecat
  • Skincoat
  • Cat undercoat
  • Cat warna
  • Bahagian dalam
  • Penyangkut

Kerangka kabinet

Lihat Juga  Cara Register RFid Touch n Go (Beli Dan Pasang)

Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 2

Mula-mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal.

Pintu kabinet


Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 3

Untuk pintu kabinet, buat bingkai terlebih dahulu. Kemudian tampal dengan playwood nipis sebelah belakang depan. Bagi bingkai depan, guna kayu halus untuk hiasan. Biasanya dijual sekitar RM1 sebatang.

Kayu 1×2 untuk kerangka


Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 4

Inilah kayu 1×2 untuk buat kerangka dan bingkai pintu. Manakala, kayu halus untuk bikar RM1 sahaja untuk sebatang.

Lihat Juga  Cara Transfer Maybank Ke Tabung Haji Tanpa Caj RM1

Memasang pintu


Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 5

Apabila pintu siap dibuat, anda boleh cuba pasang untuk tengok ukuran padan atau tak. Masa inilah untuk anda ubah mana yang patut. Selepas itu anda boleh pasang engsel dan magnet.

Kerja mengecat


Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 6

Sekarang adalah untuk kerja-kerja mengecat.

Skincoat


Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 7

Gunakan skincoat dahulu untuk menutup lubang-lubang kayu.  Jemur sehingga kering, kemudian gosok dengan kertas pasir sehingga licin.

Cat undercoat


Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 8

Cat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi.

Cat warna

Lihat Juga  TNB Kongsi 8 Tips Elak Bil Elektrik Melambung Setiap Bulan

Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 9

Kemudian, cat warna. Ini kod warna ungu kabinet saya. Apabila dah siap cat, keringkan & boleh pasang.

Bahagian dalam


Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 10

Untuk bahagian dalam, gunakan cat berwarna putih.

Penyangkut


Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 11

Penyangkut periuk, anda boleh beli di kedai RM2. Cuma bengkokkan penyangkut tersebut untuk mendapatkan kedudukan macam tu.

Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 12
Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 13
Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250 14

Tadaa. Dah siap kemas pun. Selamat mencuba!

Jumlah kos: (beli barang-barang sahaja seperti kayu 1×2, kayu bingkai(halus), playwood, cat, skincoat, undercoat, skru, paku, magnet, engsel) : RM250

Tempoh: 2 minggu untuk disiapkan (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat untuk siapkan)

Sumber : +Artikel Asal

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 364shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 364shares
  • 295
  • 54
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×