Home » Isu Semasa » Program Vaksinasi Pelajar IPT Walk-In, Hanya Tunjuk Kad Matrik Sahaja

Program Vaksinasi Pelajar IPT Walk-In, Hanya Tunjuk Kad Matrik Sahaja

PROGRAM VAKSINASI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) SECARA WALK-IN

Berita baik bagi lebih 200,000 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang masih belum divaksin, kini anda boleh berbuat demikian secara ‘walk-in’ di pusat pemberian vaksin (PPV) sahaja.

Seperti diumumkan oleh Dato’ Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang merupakan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) pada 8 September 2021 yang lalu.

Vaksinasi pelajar IPT adalah sangat penting untuk kita membentuk imuniti kelompok & komuniti sosial yang selamat semasa pengajian di kampus.

Baca juga: Langkah Padam Akaun MySejahtera Lama & Kemaskini E-mel / Telefon / IC

Cara Dapatkan Vaksinasi Walk-In Pelajar IPT

Susulan daripada perjumpaan Menteri Pengajian Tinggi dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia pada minggu lalu, kerajaan telah bersetuju supaya pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang masih belum divaksin, boleh mendapatkan vaksin secara “walk-in” di PPV terbuka.

Berikut adalah cara untuk mendapatkan vaksin bagi pelajar IPT secara walk-in :

  1. Bagi mendapatkan vaksin, pelajar IPT hanya perlu membawa kad pengenalan & kad matrik pelajar bagi tujuan pengesahan di PPV yang berkenaan.
  2. Bagi pelajar baharu, mereka boleh mengemukakan surat tawaran kemasukan & kad pengenalan untuk maksud tersebut.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut berkaitan pemberian vaksinasi IPT, boleh rujuk laman Facebook Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)

ATAU

Maklumat terkini & sahih melalui laman web https://www.vaksincovid.gov.my/ atau Facebook JKJAV https://www.facebook.com/jkjavmy

ATAU

Telefon : 1-800-88-8828

Baca juga: Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera Di Sosial Media!

Disclaimers – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan artikel related dengan “Program Vaksinasi Pelajar IPT Walk-In, Hanya Tunjuk Kad Matrik Sahaja” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes